Lepas Powell, BOE Pula Akan Gegar Pasaran!

666

US dolar terus mengekalkan momentum pengukuhan yang diraihnya selepas keputusan Federal Reserve (Fed), ketika tumpuan pelabur kini beralih kepada mesyuarat polisi Bank of England (BOE).

Walaupun kadar faedah tidak berubah, namun Pengerusi Fed Jerome Powell memberi petunjuk bahawa terdapat satu lagi kenaikan pada tahun ini dan kadar akan kekal tinggi sehingga tahun 2024.

Ini menyebabkan US dolar terus mengukuh sejajar dengan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang menguat pada paras tertinggi sejak 2007 pada 4.4%.

Data tumpuan malam ini akan disasarkan kepada laporan mingguan tuntutan pengangguran Amerika Syarikat dann indeks pembuatan Philly Fed.

Pada jam 7 petang sebentar lagi, BOE akan memutuskan sama ada untuk menaikkan kadar faedah atau mengekalkannya tidak berubah di tengah-tengah ekonomi UK yang semakin melemah.

Mata wang pound kekal didagangkan lebih lemah, berlegar pada sekitar paras terendah lima bulan berbanding greenback menjelang keputusan tersebut.

Sementara itu, mata wang swiss franc susut ketara selepas Swiss National Bank (SNB) mengekalkan kadar faedah pada 1.75%, sekali gus mengecewakan jangkaan pasaran untuk kenaikan 25 mata asas.

Dalam pada itu, mata wang yen turut menjadi tumpuan pelabur selepas ia menjunam ke paras terendah terbaru 10 bulan pada 148.46 berbanding greenback.

Pelabur kini mengharapkan campur tangan daripada Bank of Japan (BOJ) yang akan bermesyuarat pada hari esok (Jumaat) bagi mengekang kejatuhan yen lebih mendalam.

Euro pula cuba untuk bangkit semula pada sesi Eropah, namun masih melemah pada sekitar paras terendah enam bulan berbanding US dolar.

Di sisi lain, dolar Aussie dan kiwi kekal didagangkan rendah, walaupun selepas data keluaran dalam negara kasar (KDNK) New Zealand menunjukkan pengembangan lebih kukuh pada suku kedua.

Selain itu, dolar Kanada terus diniagakan suram susulan pengunduran lebih jauh harga minyak mentah daripada paras tertinggi 10 bulan yang dicapainya pada Selasa.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat