Bank Jepun Buat Perkembangan Baru Dalam Dunia Kripto, Apa Dilakukannya?

437

“Wow terbaiklah Jepun, tapi tulah ada banyak pula yang tertanya-tanya tentang keburukannya?”

Pertanyaan berkenaan kebaikan dan keburukan termasuk utilitinya semakin meningkat setelah bank serantau Jepun Hokkoku berjaya menjadi yang pertama di negaranya bagi memperkenalkan stablecoin disokong oleh deposit bank.

Inisiatif tersebut dilaksanakan sejurus selepas aplikasi Tochituka yang dilancarkan pada tahun lepas menemui kejayaan, di mana ia turut memeterai perjanjian bersama kerajaan Suzu City.

Diperjelaskan, aplikasinya membenarkan rakyat memperoleh atau membelanjakan Tochipo points di kedai tempatan terpilih dan pemegang akaun bank Hokkoku sedia ada kini boleh guna aplikasi yang sama untuk memuatkan stablecoin Tochika mereka.

Stablecoin Tochika yang dijamin dengan deposit boleh digunakan bagi kemudahan berbelanja di merchant yang mengambil bahagian, oleh itu Hokkoku sasar menarik perniagaan runcit melalui penawaran kadar merchant 0.5% untuk transaksi tanpa tunai menggunakan aplikasi.

Selain rancang memperkenalkan pembayaran person-to-person dalam aplikasimenjelang akhir tahun ini, Hokkoku juga bukan sahaja berhasrat menarik bank lain dalam wilayah Ishikawa untuk menyertai inisiatifnya malah perkembangan ke wilayah lain pada masa hadapan.

Suka dimaklumkan bahawa teknologi di sebalik platform inovatif tersebut yang dibangunkan oleh Digital Platforms turut dipercayai memanfaatkan Hyperledger Iroha iaitu ciptaan Soramitsu Jepun.

Sementara landskap kawal selia kripto Jepun telah melihat perubahan terkini di mana ia meluluskan undang-undang baharu yang membenarkan tiga jenis stablecoin termasuk yang disokong oleh bank.

Sokongan kawal selia itu diperluaskan pada stablecoin didayakan amanah, misalnya platform Progmat Coin MUFG yang mudahkan pengeluaran stablecoin disokong oleh pelbagai bank amanah dan perlu diketahui terdapat projek token deposit dipanggil DCJPY yang mungkin dilancarkan pada suku semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat