Ringgit Masih Tidak Berdaya, Dibuka Rendah Ekoran Pengukuhan USD

148

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS semalam apabila mata wang Amerika itu kekal kukuh walaupun terdapat kenyataan dovish daripada salah seorang pegawai Federal Reserve (Fed).

Kenyataan itu menunjukkan pendirian bank pusat Amerika Syarikat terhadap pemotongan kadar faedah pada tahun ini.

Tepat jam 9.30 pagi, ringgit susut dengan dibuka rendah pada 4.7270 berbanding dolar sama seperti ia ditutup pada sesi dagangan semalam.

Menurut Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata sementara aktiviti kilang AS menunjukkan tanda-tanda peningkatan pada Mac yang berkembang buat kali pertamanya sejak September 2023.

Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan (PMI) meningkat kepada 50.8 dan mendorong ringgit untuk gagal mendapat manfaat daripada berita positif tersebut.

Retorik Fed menunjukkan bahawa mereka tidak tergesa-gesa untuk mengurangkan kadar sehingga inflasi menghampiri tahap sasaran mereka.

Buat masa sekarang, para pelabur akan memerhati dengan teliti data Non-Farm Payrolls (NFP) pada minggu ini bagi mendapatkan petunjuk seterusnya tentang hala tuju Fed. Hal ini mungkin akan menyumbang kepada sentimen berhati-hati untuk ringgit pada awal minggu ini.

Pada penutup, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding euro kepada 5.1002/1045 daripada 5.0907/0977 pada penutup Jumaat lalu, lemah berbanding pound kepada 5.9674/9729 daripada 5.9548/9630 dan juga lebih rendah berbanding yen pada 3.12032/31269 sebelum ini.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.

Ia jatuh berbanding baht kepada 12.9793/12.9949 daripada 12.9712/12.9983 Jumaat lalu dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5054/5087 daripada 3.4987/5040 sebelumnya.

Ia lebih baik berbanding rupiah pada 297.4/297.8 berbanding 297.7/298.2 pada penutup terakhir dan mendatar berbanding peso pada 8.40/8.41.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat