Reaksi Data Tinjauan ISM, EUR/USD Terjun Ke Paras Terendah 7 Minggu!

156

Mata wang utama dalam pasaran terkesan pada pembukaan dagangan April semalam apabila US dolar dilihat berjaya mengekalkan pengukuhannya setelah reaksi terhadap data terbaru yang diterbitkan.

Tinjauan ISM bagi sektor pembuatan di Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Mac menampilkan angka yang mengejutkan iaitu melepasi paras 50 mata, menunjukkan pengembangan pada sektor tersebut sejak November 2022.

Ini telah mengurangkan peratusan jangkaan untuk tindakan pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) pada Jun, sekaligus menyokong pengukuhan bagi US dolar.

Dapat diperhatikan pergerakan menurun harga diteruskan pada carta pasangan mata wang EUR/USD di sesi New York semalam.

Setelah minggu lalu harga ditutup di bawah zon 1.08000, harga dilihat berlegar di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut sepanjang sesi Asia dan Eropah semalam.

Kemudiannya selepas data diterbitkan di sesi New York, harga telah menjunam ketara mencecah paras 1.07300 menjadi paras terendah terbaru untuk tempoh dagangan 7 minggu.

Dengan momentum yang diperlihatkan dan jangkaan pengukuhan berterusan US dolar, harga cenderung untuk menyambung corak penurunan menuju ke zon tumpuan 1.07000.

Zon tersebut dilihat sebagai support penting buat harga yang turut diuji pada pertengahan Februari lalu, namun tidak berjaya ditembusi harga.

Namun, jika berlaku lonjakan semula harga, jangkaan adalah untuk zon 1.08000 diuji sebagai rintangan terhampir selain harga juga akan cuba untuk tembusi halangan MA50.

Jika berjaya dilepasi, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk menuju 1.09000 selepas pelabur menilai petunjuk untuk perubahan trend harga.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat