Emas Betul-Betul Menggila, Kesan PMI Macam Kena ‘Gigit Semut’

682

Emas berdepan tekanan hebat dengan membuka paras tertinggi baharu sepanjang masa sekitar $2,265 pada sesi awal dagangan New York semalam (Isnin).

Namun, harga logam kuning itu sempat jatuh apabila dolar AS melonjak sejurus selepas keluaran PMI Pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) AS yang optimis untuk Mac.

ISM melaporkan bahawa PMI Pembuatan mendarat pada 50.0 buat pertama kalinya sejak 16 bulan berturut-turut. Angka di bawah ambang 50.0 menunjukkan bahawa aktiviti perniagaan dalam sektor pembuatan AS menguncup dalam tempoh ini.

PMI Pembuatan meningkat kepada 50.3 daripada jangkaan 48.4 dan bacaan sebelumnya 47.8. Indeks Pesanan Baharu melonjak kepada 51.4 daripada 49.2 pada bulan Februari.

Sementara itu, harga emas kini berada paras $2,251.40 iaitu kekal sejak ia ditutup pada dagangan semalam.

Indeks Dolar AS (DXY) dilihat lebih mengukuh berbanding enam mata wang utama dengan meningkat kepada 104.90 kerana data kilang yang optimis menunjukkan pemulihan mendadak dalam prospek ekonomi AS.

Buat masa sekarang, ketidaktentuan menjelang minggu yang sibuk dalam kalendar ekonomi Amerika Syarikat akan mengekalkan permintaan jangka pendek yang kukuh.

Emas masih mempamerkan pengukuhan kerana jangkaan Federal Reserve (Fed) yang terarah pada pemotongan Jun telah meningkat dalam pasaran.

Pengerusi Fed, Jerome Powell mengesahkan penurunan dalam data inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) teras Februari di saat Fed mencari lebih banyak bukti tekanan harga berkurangan kepada sasaran 2%.

Ramalan yang lebih tinggi untuk Fed mengurangkan kadarnya selepas dua tahun mampu menjejaskan hasil ke atas aset berfaedah seperti bon AS serta meningkatkan nilai pelaburan emas.

Hasil Perbendaharaan AS 10 tahun meningkat sedikit pada sesi Eropah Isnin tetapi telah turun kepada 4.20%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat