BTC ETF Menghampiri, Ini Ramalan Bayaran Bakal Dikenakan BlackRock!

1,085

“Anda rasa BlackRock akan kenakan caj rendah atau mahal?”

Tarikh keputusan kelulusan spot Bitcoin (BTC) ETF yang semakin menghampiri telah menyebabkan komunti mata wang kripto dan kewangan lebih luas berspekulasi tentang bayaran yang mungkin dikenakan oleh BlackRock.

Pihak pertama menekanya adalah penganalisis senior Bloomberg Eric Balchunas yang meramalkan bayarannya adalah kira-kira 0.47% manakala Barry Ritholtz yang merupakan CIO Ritholtz Wealth Management berpandangan bayarannya 0.35%.

Ritholtz turut berkata BlackRock mampu menguasai ruang kripto jika mereka menetapkan bayaran serendah 0.25%, tetapi Balchunas menjawab firma gergasi itu akan mengecaj antara 0.40% dan 0.60% susulan niatnya adalah semata-mata untuk menjana pendapatan ketara.

Selain itu, Maximilian secara lucu membuat spekulasi bayaran sebanyak 0.42069% dan perlu diketahui S-1 Fidelity mendedahkan struktur yuran kompetitif pada 0.39% sementara Invesco Galaxy mengambil pendekatan agresif susulan mengetepikan yuran enam bulan pertama untuk aset $5 bilion.

Financial Times pula menyerlahkan penguasaan BlackRock dalam pasaran ETF Amerika Syarikat (AS) semakin berkurangan, oleh itu Vanguard dan pemain lebih kecil adalah persaingan agak sukar untuk BlackRock.

Sehingga November 2023, iShares BlackRock dilaporkan menguruskan kira-kira 32% daripada pasaran ETF AS, iaitu turun daripada 33.7% pada akhir 2022 dan penurunan ketara daripada 39% pada akhir tahun.

Sungguhpun iShares BlackRock bertujuan memenuhi pesaran luas, Vanguard memfokuskan pada saham dan bon dalam memanfaatkan reputasinya untuk strategi kos rendah seperti dinyatakan oleh Bryan Armour, pengarah penyelidikan pasif Morningstar.

Ahli Parti Demokrat Bernie Sanders menekankan pengaruh besar BlackRock dan beberapa firma berkuasa lain sebagai potensi risiko kepada demokrasi susulan BlackRock bersama Vanguard dan State Street menguruskan aset bernilai $20.7 trilion yang mengejutkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat