Tinjauan Pasaran Emas: Minit Mesyuarat FOMC & Data Pekerjaan

1,351

[Artikel Tajaan]

Pada awal pagi nanti, minit mesyuarat FOMC bakal diterbitkan pada jam 3.00 pagi nanti. Berikutan dengan itu harga emas telah diniagakan tinggi sejak pembukaan sesi dagangan hari ini.

Pembukaan Data Ekonomi 2024

Hari ini beberapa data penting ekonomi bakal diterbitkan, data-data ini merupakan data yang penting di dalam menyokong sentimen pasaran terkini di mana pemotongan kadar faedah dijangka akan dilaksanakan oleh Fed pada awal suku kedua / Mac 2024. Diantara data-data yang bakal diterbitkan pada malam ini adalah:

Masa Data Jangkaan Sebelum
11.00 Malam ISM Manufacturing PMI(Dec) 47.1 46.7
11.00 Malam ISM Manufacturing Employment Index(Dec) 45.8
11.00 Malam JOLTS Job Openings(Nov) 8.85M 8.733M
3.00 Pagi FOMC Minutes

Fokus pengeluaran data pada minggu pertama Januari 2024 adalah di mana data-data yang bakal memberikan indikasi terhadap tahap kestabilan pasaran pekerjaan Amerika pada masa kini. Sedia maklum, kestabilan pasaran buruh merupakan faktor utama di dalam menentukan hala tuju kadar faedah dan tahap inflasi semasa sesebuah negara.

Analisa Teknikal

Dari perspektif teknikal, “price rejection” yang telah berlaku di paras harga $2078 merupakan satu amaran awal terhadap pemain “bullish” harga emas. Jika paras harga ini dapat ditembusi, $2100 akan menjadi paras harga penentuan.

Di sudut lain, $2055 dilihat menjadi penghalang utama harga emas untuk diniagakan lebih rendah, namun jika indikator data-data pekerjaan yang bakal berlangsung pada minggu ini dapat mempengaruhi sentimen semasa, $2040 akan diuji dan menjadi penentu jika harga emas mampu diniagakan lebih rendah di sekitar paras $2000.

Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat