US Dolar Sedia Untuk Buat ‘Comeback’? Perkembangan Terbaru Jadi Tumpuan

560

Dolar sedikit mengukuh pada hari Rabu, merebut kembali sebahagian daripada kerugian yang berpunca daripada ramalan semula mengenai pengurangan kadar faedah oleh Federal Reserve pada tahun ini, sementara yen menyusut untuk hari ketiga, menyebabkan pelabur berhati-hati terhadap risiko campur tangan dari kerajaan Jepun.

Di Eropah, mata wang Sweden mengalami tekanan selepas bank pusat mengurangkan kadar faedah dan memaklumkan ia mengharapkan dua lagi pengurangan tahun ini, manakala pound terperosot di wilayah negatif menjelang pertemuan Bank of England.

Yen tetap menjadi tumpuan utama bagi pedagang mata wang, melemah untuk hari ketiga dan mendorong pegawai Jepun untuk mengeluarkan amaran yang lebih kuat mengenai kesan mata wang yang lemah terhadap ekonomi.

Trader percaya bahawa pihak berkuasa Jepun menghabiskan kira-kira $60 bilion minggu lalu untuk mendorong mata wang yen selepas ia mencapai paras terendah dalam 34 tahun berbanding US dolar pada paras 160 yen.

Analisis mengatakan bahawa sebarang campur tangan dari Tokyo hanya akan memberi kelegaan sementara bagi yen, berikutan jurang yang antara kadar faedah di AS dan Jepun.

“Jika kita melihat peningkatan mendadak bagi pair dolar/yen, saya mungkin akan memikirkan bahawa adanya campur tangan dalam pasaran untuk menyokong mata wang yen. Tetapi jika kita terdapat peningkatan secara beransur-ansur, saya ragu-ragu mereka akan campur tangan, namun tentu ada risiko,” kata Carol Kong, pakar startegi mata wang di Commonwealth Bank of Australia.

Pelabur buat masa ini memberi tumpuan kepada kadar dan pengurangan kadar faedah oleh Fed yang kemungkinan besar akan mempengaruhi pasaran mata wang. Data terkini yang menunjukkan penciptaan pekerjaan AS yang lebih lemah dari yang dijangkakan, bersama dengan kecenderungan penurunan kadar dari bank pusat AS, telah mengukuhkan jangkaan bahawa kadar kemungkinan akan lebih rendah menjelang akhir tahun.

Dolar pada akhirnya mengukuh 0.12% kepada 105.48 berbanding sekumpulan mata wang. Sementara itu, bank pusat di Eropah telah mula memotong kadar faedah. Bank Negara Switzerland memotong pada bulan Mac menjelang langkah Riksbank Sweden pada hari Rabu.

Bank Pusat Eropah telah menunjukkan hasratnya untuk mengurangkan kadar pada bulan Jun, dengan syarat data menunjukkan arah yang betul, dan BoE secara beransur-ansur memperhalus jalan ke arah pengurangan pertamanya. Euro kekal stabil pada $1.0752. Berbanding dengan mata wang Sweden, euro mengukuh 0.2% kepada 11.709 krona. Sterling susut 0.1% kepada $1.24995.

Dalam pasaran mata wang kripto, harga bitcoin turun 0.27% kepada $62,260, berada pada landasan kerugian harian keempat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat