Bursa Kripto Nexo ‘Shut Down’ Dekat UK!

218

“Mungkin Nexo tengok 2 anak syarikatnya tu macam tak berkembang je kat UK.”

Sangat mengejutkan apabila bursa mata wang kripto Nexo dilaporkan melengkapkan undang-undang untuk mengeluarkan dua anak syarikatnya, iaitu Nexo Financial Services Ltd dan Nexo Clearing and Custody Ltd daripada United Kingdom (UK).

Menurut Antoni Trenchev, co-founder Nexo berkata bahawa syarikatnya sedang berada dalam proses penstrukturan semula namun syarikat induknya buat masa ini sama sekali tidak berhasrat untuk meninggalkan UK.

Dilancarkan pada 2018, Nexo memiliki lebih 5 juta pelanggan dan pengurusan aset berjumlah $2 bilion yang menyediakan perkhidmatan seperti pinjaman kripto, penjagaan atau pelaburan untuk kad debit.

Pada Januari tahun ini, peguam bela di Bulgaria mendakwa empat individu warga Bulgaria susulan membina kumpulan jenayah terancang yang terlibat dalam penipuan cukai, siber dan pengubahan wang atau aktiviti perbankan haram.

Pun begitu, selepas menyelidik dengan lebih terperinci, bekas penggubal undang-undang terkenal di Bulgaria, Trenchev telah merujuk dakwaan tersebut sebagai mengarut.

Selain itu, Nexo pada Disember tahun lepas didapati ingin henti menawarkan produk dan perkhidmatannya di Amerika Syarikat (AS) susulan dituduh melanggar undang-undang sekuriti tetapi akhirnya buat keputusan untuk bayar denda $45 juta kepada pengawal selia.

Kini, Nexo secara keseluruhannya memiliki sekitar 600 pekerja di London, Emiriah Arab Bersatu (UAE) termasuk Bulgaria dan harga kripto diasaskannya yang turut digelar NEXO telah susut 0.05% pada paras $0.067 dalam tempoh 24 jam lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat