Cardano (ADA) Lonjak 40% Selepas Jadi Protokol NFT Ketiga Terbesar!

433

Cardano (ADA) berjaya menjadi protokol non-fungible token (NFT) ke-3 terbesar yang berkembang pesat mengikut jumlah dagangannya sungguhpun NFT mengalami kejatuhan pada tahun 2021 sehingga 2022, berada di belakang Solana (SOL) dan Ethereum (ETH).

Diperjelaskan bahawa ADA adalah ekosistem pasaran kripto paling membangun walaupun pasaran kini berada dalam keadaan bearish.

Secara rekod, koleksi NFT yang direkodkan pada blockchain menyaksikan penyusutan ketara dalam jumlah dagangan, iaitu 97% daripada rekod tertinggi Januari kepada $466 juta pada September.

Manakala, platform dagangan NFT terbesar OpenSea dilihat mengalami kejatuhan sebanyak 75% sejak dua bulan lepas.

Sementara itu, pengetatan dasar monetari telah membuat aliran pelaburan aset spekulatif menurun dengan penghapusan $2 trilion dalam pasaran kripto termasuk populariti NFT yang semakin berkurangan.

Difahamkan juga bahawa projek NFT terbesar ADA The Ape Society memperoleh harga lantai 10,000 dan transaksi terbanyak berjumlah 82,880 pada bulan Mei.

Malah, rangkaian Vasil yang diwujudkan turut menjadi penyebab berlakunya lonjakan jumlah dagangan selepas menggandakan kapasiti operasi rangkaian.

Pada sisi berbeza, penjejak pasaran NFT OpenCNFT telah menunjukkan peningkatan dalam tempoh 24 jam lalu dengan jumlah volum NFT sepanjang 30 hari lalu mencecah $191 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat