ChatGPT Beri Jawapan 5 Kripto Bakal ‘Survive’ Dalam 10 Tahun!

680

“Mana tahu mungkin nanti ChatGPT berfikiran lain pula.”

Sudah sedia maklum artificial intelligence (AI) telah semakin dikenali sejak beberapa bulan lalu, oleh itu seseorang individu telah bertanya kepada ChatGPT lima mata wang kripto yang akan bertahan dalam tempoh sedekad lagi.

Memang tidak dinafikan kripto pertama yang disenaraikan ChatGPT adalah Bitcoin (BTC) susulan miliki penggunaan meluas walaupun terdapat perdebatan besar dalam kalangan komuniti dalam menentukan sama ada aset digital itu berfungsi sebagai medium pertukaran atau penyimpan nilai yang baik.

Selain itu, ekosistem Ethereum (ETH) yang semakin membangun disebabkan naik taraf dilakukan pasukannya, bermula dengan The Merge sebelum diteruskan Shanghai telah menjadi salah satu sebab aset digital tersebut dapat berada dalam kedudukan kedua.

Sementara kripto ketiga yang mungkin bertahan dalam masa sedekad akan datang adalah Binance Coin (BNB), di mana prestasi memberangsangkan oleh bursa aset digital Binance dapat mendorong harganya memuncak tinggi.

Kripto seterusnya ialah Cardano (ADA) kerana mempunyai pendekatan unik ditambah pula terdapat komuniti besar, dan perlu diketahui juga pengasasnya adalah Charles Hoskinson yang turut merupakan salah seorang pembangun ETH.

Walaupun Tether (USDT) dan Ripple (XRP) adalah antara top 10 kripto yang sering kali disokong oleh pelbagai syarikat gergasi, ChatGPT memilih Polkadot (DOT) sebagai aset digital kelima akan bertahan susulan ekosistemnya yang semakin berkembang.

Jadi sekarang adakah bermakna kripto lain akan runtuh? Sama sekali tidak ekoran semua ini tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat kewangan dan setiap individu seharusnya membuat penyelidikan sendiri jika ingin melabur dalam sesuatu aset digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat