Cool! Rangkaian Media Sosial Terbesar Rusia VKontakte Perkenalkan Integrasi NFT & Blockchain!

260

Rangkaian media sosial terbesar di Rusia, VKontakte mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan sokongan blockchain dan NFT. Ini membawa indikasi bahawa teknologi kripto akan diterapkan ke dalam platform tersebut untuk tujuan pengewangan kandungan pengguna dan perlindungan hak cipta.

Pengarah Teknikal syarikat, Alexander Tobol mengumumkan hal tersebut dalam wawancara baru-baru ini dengan Vesti. Kedua-duanya iaitu NFT dan kripto akan menjadi sebahagian daripada alat kewangan untuk pengguna dan perlindungan hak cipta. NFT akan diguna pakai sebagai satu sijil digital yang unik.

Tobol selanjutnya menyatakan bahawa Vkontakte belum bersiap sedia untuk membangunkan blockchain mereka sendiri. Rangkaian media sosial yang popular berhasrat bertindak sebagai perantara dan membantu pelaksanaannya.

Pasaran global untuk NFT telah dianggarkan antara $ 20 bilion dan $ 35 bilion setahun, dan ramalan untuk 2025 akan menjadi sekitar $ 80 bilion. Namun banyak di antaranya dibina atas asas yang palsu.

OpenSea, pasaran seni digital terbesar, telah mengakui bahawa lebih daripada 80% daripada semua NFTs yang dibuat menggunakan alat percuma sama ada palsu atau terlibat dalam plagiarisme. Bagi menangani hal ini, VKontakte juga akan menggunakan sistem ID kandungan sedia ada untuk pengesahan pemilik kandungan muzik dan video yang dimuat turun, baik di dalam rangkaian sosial dan dalam pangkalan data.

Langkah Vkontakte ini hadir susulan laporan bulan Januari yang mendedahkan bahawa  Meta sedang bersedia untuk membenarkan pengguna rangkaian media sosial terkemuka di dunia untuk mencipta dan menjual NFT. Pelan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memanfaatkan pasaran kolektif digital yang semakin meningkat.

 

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat