Emas Berlegar-Legar Di Bawah $2,350, PMI AS Bakal Beri Petunjuk Baru!

491

Emas bergerak lebih rendah pada kawasan $2,325 pada awal dagangan Asia Isnin hasil dorongan pendirian yang lebih berhati-hati oleh Federal Reserve (Fed) baru-baru ini.

Peserta pasaran akan memperhatikan laporan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) ISM untuk bulan Jun yang dijangka meningkat kepada 49.0 daripada 48.7 pada Mei.

Sementara itu, harga emas kini berada paras $2,325.77 iaitu kehilangan 0.05% sejak ia dibuka pada awal dagangan pagi tadi.

Pada minggu lepas, bacaan Indeks Harga Perbelanjaan Pengguna Peribadi (PCE) AS menurun seperti yang dijangkakan walaupun ia masih kekal tinggi. Sentimen ini mencetuskan pendirian yang lebih berhati-hati oleh Fed.

Data yang dikeluarkan oleh Biro Analisis Ekonomi AS pada hari Jumaat menunjukkan bahawa tajuk utama PCE meningkat 2.6% pada asas tahunan Mei berbanding 2.7% pada April iaitu sejajar dengan anggaran pasaran.

Selain itu, inflasi Core PCE juga mengenai ramalan pasaran pada 2.6% daripada 2.8% sebelum ini.

Presiden Fed San Francisco, Mary Daly berkata sebelum ini bahawa dasar monetari dalam kondisi stabil dan masih terlalu awal untuk menetapkan waktu sesuai untuk mengurang kadar faedah buat masa ini. Jika kadar inflasi masih degil dan turun secara perlahan, kadar pula perlu lebih tinggi untuk lebih lama.

Situasi itu akan terus menekan kedudukan emas untuk melonjak lebih tinggi kerana peningkatan kos peluang untuk memegang aset.

Selain itu, Presiden Fed New York John Williams berkata inflasi AS masih berada pada tahap bermasalah dan bank pusat AS kini dalam misi menurunkannya.

Gabenor Fed, Michelle Bowman pula menyatakan bahawa dasar Fed semasa sepatutnya cukup untuk mengheret inflasi ke arah sasaran. Namun, bank pusat masih tidak bertindak kerana data-data menunjukkan inflasi masih ‘melekit’.

Walau bagaimanapun, ketegangan geopolitik yang berterusan dan ketidaktentuan selepas pusingan pertama pilihan raya parlimen Perancis mungkin meningkatkan aliran selamat emas dan mengheret kedudukan mata wang USD untuk merendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat