Gara-Gara Token Saham, Binance Dipantau Penyelia Undang-Undang

2,443

Ada yang tidak menyenangi tindakan Binance melancarkan token saham pada 12 April lalu.

Dilaporkan Financial Conduct Authority (FCA) United Kingdom (UK) sedang bekerjasama dengan Binance untuk mendapatkan pengesahan sama ada token saham yang ditawarkan adalah berdasarkan undang-undang atau sebaliknya.

Penelitian itu bertujuan untuk memahami lebih jelas bagaimana token tersebut dipasarkan mengikut undang-undang semasa.

Pada masa yang sama, FCA menekankan bahawa Binance bertanggungjawab dalam ‘memutuskan’ sama ada perkhidmatan dan produk mereka sebagai sekuriti atau tidak.

Usaha Binance mewujudkan token cerminan saham syarikat adalah kerjasama bersama CM-Equity AG dan Digital Assets AG.

Kedua-dua firma itu telah menetapkan produk tersebut tidak memerlukan prospektus, salah satu item yang diperlukan jika token itu adalah sekuriti di bawah undang-undang Eropah.

Ketua pembangunan korporat Digital Asset AG, Brandon William ada memberitahu bahawa token saham yang diterbitkan tidak memberi hak undian yang sama kepada pemegang ekuiti. Ini bermakna produk kewangan ini boleh disamakan dengan saham sintetik.

Jelasnya lagi: “Kami percaya kaedah penokenan kami memiliki lebih banyak kuasa dan mudah untuk diterima dalam komuniti kripto termasuk TradFi (Traditional Finance). Akhirnya, sintetik adalah cuma produk derivatif.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat