Huawei Dibuang Lagi!

5,630

Menurut wakil CEO Bouygues, syarikat itu akan menggantikan 3,000 antena mudah alih buatan Huawei di Perancis menjelang tahun 2028 berikutan keputusan pihak berkuasa negara itu untuk menyingkirkan peralatan yang dibuat oleh syarikat China dari kawasan yang berpenduduk tinggi.

Hal ini didorong oleh dakwaan Amerika Syarikat yang mengatakan bahawa peralatan Huawei boleh digunakan oleh China untuk mengintip. Meskipun tuduhan tersebut dinafikanoleh syarikat itu tetapi kebanyakan sekutu Washington telah pun mengenakan sekatan terhadap syarikat itu.

Selain itu, pihak berkuasa Perancis telah memberitahu operator telekomunikasi yang merancang untuk membeli peralatan Huawei 5G bahawa mereka tidak akan dapat memperbaharui lesen untuk gear tersebut setelah habis tamat tempoh, serta menghentikan penglibatan kumpulan China serta-merta dari rangkaian mudah alih mereka pada tahun 2028.

Namun, Bouygues tidak mendedahkan peralatan syarikat mana yang akan digunakan sebagai pengganti Huawei. Tambahan daripada itu, gear mudah alih Huawei sudah pun disekat dari bandar Brest, Strasbourg, Toulouse dan Rennes. Manakala peralatan mudah alih yang dibuat oleh syarikat China juga tidak boleh digunakan di Paris.

Bouygues, yang perniagaannya meliputi media, pembinaan dan telekomunikasi, berulang kali mengatakan bahawa mereka akan meminta pampasan dari negara Perancis sekiranya terpaksa mengganti peralatan Huawei.

Kini, perbincangan sedang berlangsung dengan pihak berkuasa Perancis, dan isu pampasan tersebut tidak didedahkan secara terperinci.

Di samping itu, kumpulan itu juga telah melancarkan beberapa prosedur undang-undang yang selari di seluruh negara Perancis. Kini, larangan tersebut hanya menyasarkan kawasan berpenduduk tinggi setakat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat