Ini Beberapa Komen Positif Oleh Timbalan Perdana Menteri China Terhadap Perkembangan Ekonomi

293

Kegelisahan para pelabur terhadap ketegangan perang dagang antara dua ekonomi gergasi dunia iaitu Amerika Syarikat dan China masih belum reda.

Ego Presiden Donald Trump sukar ditundukkan dengan tindakan-tindakan agresif beliau dengan ancaman yang ditujukan terhadap China walaupun China terbuka untuk berunding.

Namun begitu, walaupun China menyatakan keterbukaan mereka untuk meneruskan rundingan, China menegaskan keputusan rundingan haruslah saksama dan tidak berat sebelah. China menyatakan walaupun mereka tidak mahukan pertelingkahan, namun mereka tidak gentar untuk melangkah ke gelanggang pertarungan.

Timbalan Perdana Menteri China, Liu He mengatakan bahawa Beijing memiliki pelbagai bentuk polisi yang berupaya untuk berdepan pelbagai jenis bentuk cabaran yang mendatang yang menggugat ekonomi dalam jangka masa pendek dengan tren jangka masa panjang tetap kekal stabil.

Beliau membuat kenyataan tersebut pada forum kewangan yang berlangsung di Shanghai pada Khamis.

Berikut adalah beberapa komen positif beliau terhadap ekonomi China:

  • Perkembangan ekonomi domestik kekal stabil dan sihat
  • Indikator makroekonomi utama kekal berada dalam julat yang dikehendaki
  • Negara sedang berkembang maju dengan ekonomi yang semakin seimbang kembali
  • Walaupun ekonomi terkesan untuk jangka masa pendek, tren ekonomi untuk jangka masa panjang masih kekal baik
  • Negara memiliki pelbagai dasar polisi yang berupaya untuk berdepan sebarang ancaman terhadap ekonomi
  • Institusi kewangan perlu lebih cekap menyusun langkah-langkah dalam memastikan kecairan yang stabil dan mencukupi

Beliau juga turut menyentuh berkenaan sokongan kewangan untuk pertumbuhan GDP yang berkualiti. Ini beberapa komen tambahan beliau dalam ucapannya di Shanghai.

  • China perlu mengoptimumkan sistem bekalan sampingan
  • China perlu mengukuhkan persaingan dalam pasaran
  • China perlu memberi tumpuan terhadap keperluan syarikat-syarikat kecil
  • Pertumbuhan, pekerjaan dan pembayaran baki perlu dipantau

China dilihat masih kekal tenang walaupun berterusan diasak oleh Amerika Syarikat dengan siri tindakan agresif khususnya dalam hubungan dagang mereka.

Pelabur terus resah mengikuti perkembangan perang dagang yang masih berlanjutan dan terus menjadi faktor yang menjejaskan keseimbangan pertumbuhan ekonomi global dan juga pasaran kewangan dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat