Kenapa Euro Kembali Menjunam Selepas Melambung Tinggi?

581

Susulan kenyataan Bank Pusat Eropah (ECB) yang bernada hawkish, dagangan euro melambung tinggi di atas paras harga 1.1900 berbanding USD sebelum kembali susut ekoran ditekan oleh risiko Brexit yang semakin meningkat.

Seperti dijangkakan secara meluas, bank pusat mengekalkan kadar faedah dan program pembelian bon tidak berubah dan Presiden ECB, Christine Lagarde juga optimis terhadap pemulihan ekonomi.

Kenyataan Lagarde bahawa ECB tidak mungkin mengambil langkah-langkah untuk melemahkan euro susulan pengukuhannya baru-baru ini telah mengangkat matawang euro.

Euro melonjak ke paras ketinggian satu minggu pada 1.1917 berbanding USD sebelum kembali merosot dengan didagangkan di sekitar harga 1.18300 pada sesi Asia hari ini.

Sentimen positif memudar ketika pembukaan sesi New York berikutan risiko Brexit yang meningkat. Diplomat dari Kesatuan Eropah (EU) dan UK bertemu untuk rundingan kecemasan setelah Perdana Menteri Boris Johnson menyatakan rancangannya menggantikan sebahagian daripada Perjanjian Pengunduran Brexit.

Selepas perbincangan tersebut, EU telah menggesa UK untuk membatalkan hasrat mereka, tetapi Britain enggan berganjak dan mahu meneruskan rancangan yang boleh membuatkan empat tahun rundingan Brexit menjadi sia-sia.

Para diplomat dan pegawai EU memberi amaran bahawa mereka boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap Britain walaupun ia tidak akan menyelesaikan apa-apa kemelut di antara mereka sebelum tempoh peralihan Brexit berakhir.

Pelabur kini menumpukan perhatian mereka terhadap ucapan beberapa pembuat dasar ECB untuk mendapat petunjuk lanjut mengenai pandangan bank pusat, serta data GDP UK dan inflasi Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat