Lupakan Ripple, Matawang Digital Stellar Jadi Perhatian Dengan Lonjakan Harga 350%

388

Stellar Lumens (XLM) memulakan tahun baru dengan prestasi kenaikan harga yang mengejutkan sekaligus melonjakkan ia ke tangga ke-tujuh senarai matawang digital terbesar berdasarkan modal pasaran (market cap).

Stellar telah mengaut keuntungan hampir 350% sejak minggu lalu daripada harga hanya $0.22 kepada $0.89 setakat pukul 3.31 petang pada Khamis. Matawang digital ini menduduki tangga keenam dengan modal pasaran $14 billion mengatasi Litecoin, IOTA dan Dash.

Jadi, apa yang menyebabkan kenaikan matawang digital ini sejak seminggu yang lalu?

Pertama sekali, XLM adalah satu pilihan koin yang menarik kepada pelabur sebagai koin alternatif kepada Bitcoin dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding Etherium, Ripple, Neo dan Bitcoin Cash. Stellar juga seakan sama dengan Ripple. Tambahan pula kedua-dua matawang ini berkongsi Co-Founder yang sama dan andaian kami ia bergerak mengikut perjalanan serupa seperti Ripple.

Kedua, Stellar muncul dengan platform yang effisyen untuk transaksi rentas sempadan di masa hadapan. Ia adalah rangkaian yang diubah suai supaya transaksi menjadi lebih murah, pantas dan dipercayai berbanding rangkaian yang ada ketika ini. Dengan Ripple menjadi penyelesaian kepada institusi perbankan, rangkaian Stellar pula akan menjadi pilihan kepada orang kebanyakan seperti kita dan juga sebagai platform transaksi P2P.

Akhir sekali, pengumuman kerjasama dengan bank dan syarikat teknologi terkemuka telah melonjakkan profail Stellar (XLM). Menurut laporan oleh IBM baru-baru ini, mereka akan menyumbang teknologi yang mereka ada di seluruh dunia kepada Stellar di mana McCaleb mengesahkan kira-kira 30 bank akan menyertai projek IBM.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat