Matawang Ini Melonjak Sehingga Mencapai Angka Tertinggi dalam Tempoh Setahun

61

Dollar New Zealand melompat lebih tinggi dalam sesi ini ke angka tertinggi dalam tempoh setahun. Hal ini berikutan keputusan Reserve Bank of New Zealand yang mengurangkan kadar faedah kepada 2.0%.

NZD-USD Sesi Eropah 11.08
NZD/USD, 15 minit

Bagaimana pun, keadaan semasa memungkinkan lebih banyak pengurangan pada masa akan datang disebabkan oleh risiko deflasi. Menurut Steven Dooley, ahli strategi matawang Western Union Business Solutions di Melbourne, kiwi melonjak disebabkan spekulasi mengenai pemotongan kadar sehingga 50 mata asas.

Sama seperti Aussie, kekuatan kiwi disokong oleh kadar hasil bon yang agak tinggi.

10-year government bonds di New Zealand menyaksikan kadar hasil sebanyak 2.1% berbanding hasil yang negatif di Jepun dan Jerman.

Buat masa sekarang, tumpuan pasaran beralih kepada keputusan kadar dari Fed pada hujung tahun ini. Tidak ketinggalan, pelabur juga menunggu petunjuk dari ucapan Pengerusi Fed, Janet Yellen pada 26 Ogos nanti. Janet Yellen akan mengeluarkan kenyataan beliau di simposium tahunan Bank Pusat Amerika Syarikat di Jackson Hole, Wyoming.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback kali terakhir dinilai pada 95.691.

Sementara itu, matawang Euro diniagakan stabil setelah memperolehi keuntungan kira-kira 0.7% sepanjang minggu ini.

Apa yang Brexit cuba buktikan? Klik artikel ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat