Parah! 2 Bursa Kripto Ini Diserbu Pendakwa Raya Korea Selatan!

152

“Disebabkan Kim Nam-kuk, bursa kripto ini pula yang kena tempias.”

Pendakwa raya Korea Selatan menyerbu bursa mata wang kripto Upbit dan Bithumb dengan mengumpul rekod transaksi dan maklumat lain sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap aset digital yang dipegang oleh penggubal undang-undang pembangkang Kim Nam-kuk.

Hal ini kerana Kim telah memegang sebanyak 800,000 Wemix bernilai $4.5 juta pada tahun 2021, oleh itu terdapat persoalan yang timbul sama ada wang tersebut digunakan untuk maklumat sulit ataupun tidak.

Meskipun begitu, pasukan Wemix telah menafikan semua pertuduhan yang dilemparkan terhadapnya sekeras-kerasnya.

Menurut pasukannya lagi, spekulasi mengenai WeMade yang didakwa telah menyokong Wemix secara haram dan memberikan maklumat dalaman berkaitan pelaburan kepada ahli-ahli Dewan Negara adalah sama sekali tidak benar.

Namun, Kim telah dituduh atas kesalahan berdagang coins semasa mesyuarat jawatankuasa kehakiman Dewan Negara pada Mei dan November tahun lepas.

Pada hari Isnin, Parti Kuasa Rakyat mengumumkan bakal memulakan pasukan petugas dalaman untuk menyiasat pemindahan kripto Kim, di mana kumpulan tugas akan diketuai oleh Wakil Yun Chang-Hyeon iaitu individu yang mempengerusikan jawatankuasa khas aset digital bersama Kim Sung-won.

Rentetan itu, Kim meletak jawatannya daripada parti pembangkang utama Parti Demokrat setelah menyokong dan mengundi kepada pihak perundangan kawal selia yang mengiktiraf gaming token sebagai kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat