Tak Sambung Naik, USD/CAD Gelincir Semula Bawah $1.3500

96

Pergerakan bullish harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD tidak diteruskan pada awal minggu semalam ketika pasaran menyaksikan US dolar yang didagangkan suram.

Sentimen pasaran masih kekal tidak menentu dan gagal memberi arah yang jelas buat pergerakan harga, namun data indeks pengilangan New York yang diterbitkan merosot semalam telah mendorong penyusutan terhadap US dolar.

Ketika memulakan dagangan pada pembukaan sesi Asia di sekitar 1.35600, corak kenaikan tidak diteruskan sebaliknya harga memaparkan penurunan ke bawah zon 1.35000.

Penurunan 100 pips yang mencecah sekitar 1.34600 itu juga turut dilihat melepasi sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD menandakan isyarat perubahan kepada trend bearish.

Namun corak kenaikan harga kembali dipaparkan pada hari ini (Selasa) menuju semula ke zon 1.35000.

Pelabur akan berwaspada menantikan data indeks harga pengguna (CPI) Kanada yang akan memaparkan kadar inflasi semasa di negara itu.

Data inflasi ini dijangka akan memberi impak besar terhadap pergerakan Loonie ekoran akan menjadi petunjuk bagi Bank of Canada (BOC) dalam menetapkan dasar monetari mereka selepas ini.

Untuk jangkaan jika kenaikan harga berjaya melonjak melepasi semula zon 1.35000 dan halangan MA50, corak kenaikan minggu lalu berkemungkinan akan diteruskan kembali.

Kenaikan yang diteruskan dilihat akan menuju ke zon sasaran pada ketinggian 1.36500.

Namun jika harga yang menguji zon 1.35000 namun gagal melepasinya, penurunan lebih rendah boleh berlaku.

Harga bakal menuju paras 1.34000 terlebih dahulu sebelum menyambung penurunan lanjut ke zon support 1.33000.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda dan sertai Lucky Draw RM3,000 SaracenMarkets bulan ini. – KLIK DI SINI – UNTUK PM ADMIN

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat