Paranoid Atau Berhati-Hati? FBI Mahu Sekat Penggunaan TikTok Di US

178

‘Takut sangat pakcik Sam ni, entah-entah tak ada benda tu. Dia je buat teruk.’

Pengarah Federal Bereau of Investigation (FBI), Chris Wray menggariskan kebimbangan keselamatan negara dengan aplikasi TikTok milik ByteDance dikatakan menyalur data pengguna Amerika Syarikat (AS) ke tangan komunis China.

Menurut kenyataan yang difailkan kepada perundangan AS, Wray menyatakan kebarangkalian China menggunakan TikTok untuk mengawal pengumpulan data atau algoritma pengesyoran untuk mempengaruhi operasi mereka adalah besar.

Tambah pengarah polis AS itu lagi terdapat kemungkinan kerajaan Beijing menggunakan TikTok untuk ‘mengawal perisian jutaan pengguna’ dan memberi peluang untuk ‘berkompromi secara teknikal’ pada peranti tersebut.

Umumnya, Jawatankuasa Pelaburan Asing di Amerika Syarikat (CFIUS) yang bertanggungjawab menyemak potensi risiko keselamatan negara dari firma luar telah mengeluarkan amaran kepada ByteDance menyekat TikTok.

Hal ini kerana pada 2020 lalu TikTok dikatakan menyerahkan data penggunanya kepada kerajaan komunis China dan sejak itu kedua-duanya mengadakan perbincangan untuk mencapai persetujuan tentang keselamatan negara.

Setakat ini eksekutif TikTok, Vanessa Papas mengatakan perjanjian tersebut sudah memasuki fasa akhir ketika membentangkan kemas kini di hadapan Kongres.

Berbalik semula kepada Wray, beliau tampak begitu bimbang dengan pengaruh kerajaan China pada firma dari negara itu yang disifatkan ‘perkara yang sangat menggusarkan’.

Mencerap rekod terdahulu bekas Presiden Donald Trump merupakan antara indidvidu yang lantang menyuarakan kebimbangan tentang pengaruh aplikasi China malah beliau pernah cuba menyekat WeChat dan TikTok pada 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat