Pasaran Kripto Bergelora? 3 Perkara Perlu Diperhatikan Minggu Ini!

307

“Pelabur kena la jenguk juga pengumuman penting ni kalau tak nak ketinggalan.”

Sejak kebelakangan ini pasaran mata wang kripto sentiasa melihat pergerakan mendatar, namun ia berkemungkinan berubah pada minggu ini susulan terdapat pelbagai pengumuman utama datang dari ekonomi terbesar dunia Amerika Syarikat (AS).

Pembentangan Powell

Selepas berakhirnya pandemik COVID-19, bank pusat AS mula menaikkan kadar faedah secara agresif, antaranya 75 mata asas untuk memerangi inflasi yang melambung tinggi.

Pun begitu, Fed yang mengurangkan kenaikan kadar faedah pada penghujung tahun 2022 telah menyebabkan kebanyakan pelabur kripto berpendapat mereka tidak akan naikkan kadar pada 6%.

Rentetan itu, pasaran kripto pada masa ini membuat pergerakan mendatar sementara menunggu pembentangan laporan dasar monetari oleh Pengerusi Jerome Powell untuk petunjuk berikutnya.

Data tuntutan faedah pengangguran

Pada hari Khamis, AS dijadualkan mengumumkan data terkini mengenai tuntutan pengangguran, di mana ia adalah laporan mingguan oleh Jabatan Buruh AS yang mempamerkan bilangan orang memfailkan faedah insurans pengangguran.

Sebagai petunjuk penting keadaan ekonomi semasa, tuntutan pengangguran biasanya membawa turun naik kecil dalam pasaran kripto serta saham, terutamanya jika ia lebih tinggi daripada dijangkakan.

Laporan pekerjaan NFP

Jumaat akan memberi lebih banyak penerangan tentang ekonomi AS apabila kadar pengangguran menunjukkan peratusan mungkin kekal sama seperti bulan sebelumnya pada 3.4%, iaitu terendah sejak 1969.

Jumlah pertambahan pekerjaan telah menyaksikan bahawa AS menambah sekitar lebih 500,000 pada bulan Januari manakala 200,000 pekerjaan dijangka akan dicatatkan pada Februari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat