Pelabur Muda Malaysia Tak Takut Pasaran Kripto ‘Crash’!

644

“Sebelum ni asyik dengar nama pelabur dekat luar negara je, dekat Malaysia pun rami sebenarnya.”

Di bawah ini adalah kata-kata oleh beberapa pelabur muda Malaysia semasa pasaran kripto berada dalam pergerakan bearish pada tahun 2022.

Anthony Pang

Sungguhpun mengetahui pasaran mata wang kripto bakal mengalami kejatuhan drastik, Anthony Pang, seorang trader forex berusia 30 tahun yang melabur dalam beberapa aset digital menganggap pelaburannya adalah merugikan jika jual seluruh asetnya ketika pasaran bearish.

Pang mempunyai portfolio pelaburan kripto kurang daripada 30% menasihati individu yang baru berkecimpung dalam dunia aset digital untuk tidak melabur segala wangnya dalam kripto kerana ia juga memiliki risiko tersendiri.

Muhamad Al Hafiz

Trader Bitcoin (BTC) bernama Muhamad Al Hafiz berumur 35 tahun berkata bahawa beliau tidak sampai setahun telah melabur dalam kripto sebanyak RM10,000 susulan sungguh yakin pasaran akan kembali pulih.

Hafiz diketahui mula tertarik mendalami kripto setelah menonton sebuah video di YouTube sambil menambah pelaburan aset digital dibuatnya itu telah menyebabkan beliau dapat menampung perbelanjaan keluarganya melalui keuntungan diperolehinya.

Jeffrey Halley

Jeffrey Halley yang bekerja di syarikat forex trading OANDA sebagai penganalisis pasaran Asia Pasifik berpendapat kripto semakin merosot apabila Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) bertindak menaikkan kadar faedah lebih agresif untuk memerangi inflasi.

Ditambah pula dengan isu liquidity dan syarikat pemberi pinjaman kripto Celsius yang menghalang pendeposit mendapatkan semula wang mereka selepas semua perkhidmatannya dibekukan.

George Wong

George dari syarikat Access Blockchain Association Malaysia yang memfokuskan pembangunan blockchain dan kripto berpandangan penurunan harga aset digital berlaku secara kitaran dan ia bukan kali pertama kemerosotan itu berlaku.

Beliau turut mengulas kebanyakan pelabur akan mengambil langkah mengurangkan kerugian mereka dengan menjual pegangan kripto masing-masing apabila terdapat sentimen negatif mengelilingi pasaran.

Wong menasihatkan pelabur agar tidak terburu-buru membuat sebarang pembelian kripto susulan harganya mungkin menjunam lebih bawah dan mereka mungkin alami kerugian besar jika tidak berhati-hati.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat