Penangan CPI AS, EUR/USD Terpacak Hampir 200 Pips!

264

Seperti yang dijangka, data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang terbaru diterbitkan semalam telah memberi impak besar terhadap pergerakan pasaran mata wang.

Bacaan inflasi tahunan AS untuk Oktober perlahan kepada 3.2%, lebih rendah berbanding ramalan 3.3%, menurun daripada bacaan 3.7% pada September.

Ini telah menguatkan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) memperlahan dasar mereka dan dijangka kenaikan kadar faedah tidak akan berlaku pada mesyuarat Disember nanti.

US dolar ketara melemah di sesi New York memberi ruang besar kepada mata wang utama lain dalam pasaran untuk mengukuh, terutamanya Euro.

Seperti yang diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, kenaikan harian sehingga hampir 200 pips telah berjaya dicatatkan.

Setelah bergerak mendatar di paras 1.07000 sejak sesi Asia semalam, harga telah melonjak kukuh di sesi New York ketika reaksi data inflasi diterbitkan.

Lonjakan bertenaga harga telah melanggar paras tumpuan 1.08000 sebelum mencapai ketinggian 1.08800 di penghujung sesi New York sekaligus mencatatkan paras tertinggi terbaru 11 minggu.

Dengan momentum ini, harga dijangka akan menyambung corak kenaikan untuk menuju ke paras lebih tinggi lagi sehingga dagangan ke penghujung minggu.

Sasaran adalah untuk mencapai paras rintangan pada 1.08000 pula setelah kali terakhir harga didagangkan di sekitar itu adalah pada Ogos lalu.

Namun pelabur akan tetap berwaspada untuk penurunan jika berlaku walaupun kecenderungan harga adalah untuk terus membuat kenaikan.

Jika berlaku penurunan, harga dilihat akan menguji paras 1.08000 atau sekitar 1.07500 yang merupakan paras rintangan pada dagangan minggu lepas.

Penurunan yang diteruskan boleh mencecah semula zon 1.07000 untuk paparkan reaksi penting bagi isyarat pergerakan harga selanjutnya.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat