USD/JPY Kembali Meningkat Minggu Ini Selepas Jatuh Terbenam Paras 151.90

128

Mula berlaku perubahan arah harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY yang mencetuskan kontroversi sejak dagangan minggu lepas.

Ini kerana berlakunya pengukuhan ketara mata wang Yen yang disyaki terdapat campur tangan oleh pihak berkuasa Jepun dalam pasaran, namun sehingga ke minggu ini masih tiada penjelasan yang diberikan berkenaan situasi tersebut.

Penghujung minggu lalu, Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Janet Yellen turut menyentuh tentang perkara itu, namun beliau tidak mahu memberi komen sama ada ‘intervention’ dilakukan ataupun tidak.

Sebagai pegawai diplomat mata wang tertinggi Jepun, Masato Kanda yang dilihat sebagai individu yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan campur tangan bank pusat Jepun itu walau bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan.

Begitu juga pegawai atasan Jepun yang lain termasuk Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi yang turut berdiam diri.

Pengukuhan ketara Yen pada minggu lalu dilihat mula pudar apabila mata wang negara matahari terbit itu semakin kurang agresif sejak awal minggu ini.

Pada minggu lepas, lonjakan harga yang dipaparkan pada awal minggu mencapai 160.00 yang menjadi rekod tertinggi sejak tahun 1990.

Kemudian berlaku terjunan harga yang agresif sehingga pada Jumaat, harga mencecah paras 151.900.

Harga mula menunjukkan peningkatan perlahan pada minggu ini dengan sehingga hari ini (Rabu), paras 155.00 berjaya dicapai semula.

Pergerakan harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY memberi isyarat positif untuk corak kenaikan harga berlaku.

Namun, risiko untuk kejatuhan harga tercetus lagi tetap ada dan membuatkan pelabur kekal berwaspada.

Sekiranya harga berjaya mengekalkan pemulihan, harga akan meneruskan pendakian ke paras tumpuan pada 158.00 sebelum zon 160.00 akan kembali menjadi sasaran untuk dicapai.

Namun jika harga mula paparkan tanda-tanda kejatuhan semula, pelabur akan memerhati penurunan harga yang akan mula bergerak di bawah paras 155.00 dan kemudiannya susut melepasi garisan MA50.

Seterusnya, penurunan lebih rendah akan dijangkakan untuk mencecah kembali paras sokongan minggu lalu pada 151.900.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat