Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang, Emas dan Minyak Mentah Dalam Pasaran Asia

79

Forex

Matawang Australia dolar kekal stabil berbanding U.S dolar pada hari Khamis. Manakala New Zealand dolar menyusut pada awal pagi sebelum mengukuh berbanding U.S dalam sesi dagangan Asia.

AUD menyusut sedikit sebanyak 0.01% kepada 0.7624 berbanding U.S dolar. Manakala NZD didagangkan pada 0.6891 iaitu mengukuh sebanyak 0.01%. Matawang USD/JPY didagangkan pada 111.31, meningkat sebanyak 0.08% setakat jam 11.00 pagi.

  • Berdasarkan laporan jabatan perangkaan New Zealand, data imbangan perdagangan merekod defisit sebanyak NZ$871 juta pada bulan Oktober, jauh lebih tinggi daripada jangkaan yang mensasarkan defisit perdagangan sebanyak NZ$750 juta. Peningkatan defisit pada bulan Oktober menyebabkan jumlah defisit meningkat kepada NZ$2.990 berbanding jangkaan NZ$2.2705 billion.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain menyusut sedikit 0.01% kepada 93.156 pada awal pagi sesi dagangan Asia pada hari Jumaat. Namun matawang US dolar semakin pulih daripada kejatuhan awal pagi hari ini dengan mencatat peningkatan 0.01% setakat jam 11.00 pagi.

Faktor penyusutan ini masih didorong oleh faktor yang sama iaitu.

  • Aktiviti pengambilan untung semasa sesi Asia dengan kurangnya laporan ekonomi penting menyebabkan pemain pasaran menutup posisi mereka menjelang cuti umum ‘Thanksgiving’ di Amerika Syarikat pada Khamis.
  • Perbezaan pandangan dalam kalangan pembuat dasar Fed semasa minit mesyuarat pada hari awal pagi Khamis, waktu Malaysia. Berdasarkan minit mesyuarat tersebut, kadar faedah dijangka akan meningkat pada bulan hadapan namun sebahagian pembuat dasar sangsi dengan hal itu kerana kadar inflasi masih lagi lemah.

Matawang Euro mengukuh sedikit sebanyak 0.03% kepada 1.1854. GBP/USD juga menyusut sebanyak 0.03% kepada 1.3304 setakat jam 11.00 pagi.

Minyak

Harga minyak bercampur dalam sesi dagangan Asia pada hari Jumaat.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.81% kepada $58.49 setakat jam 11.00 pagi.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London jatuh sebanyak 0.06% kepada $63.38 setong setakat jam 11.00 pagi.

  • Berdasarkan laporan, pelantar minyak US meningkat sebanyak 9 buah kepada 747 bagi minggu yang berakhir pada 22 November. Peningkatan pelantar bulan meningkat buat pertama kali pada bulan Julai mendorong peningkatan harga minyak mentah US keparas tertinggi sejak 2015. Jumlah pelantar minyak yang ditambah pada bulan ini ialah 10 buah.
  • OPEC dan non-OPEC juga dijangka akan memutuskan pelanjutan pemotongan pada 30 November dalam usaha untuk menolak harga ke paras yang lebih stabil. Pelanjutan pemotongan pengeluaran minyak itu menunjukkan tanda-tanda positif.

Emas

Harga emas naik dalam pasaran Asia pada hari Jumaat.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX jatuh sebanyak 0.04% kepada $1,292.74 per auns setakat jam 11.00 pagi.

  • Peningkatan harga adalah didorong tumpuan terhadap penjualan komoditi dan saham yang bertalu-talu di China.
  • Selain itu, pelabur memberi tumpuan kepada ekonomi US dan ulasan Senat berkenaan potongan cukai pada minggu hadapan.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat