Prestasi Cemerlang Suku Pertama, Kaunter Ini Rekod Untung 11%

198

PIE Industrial Bhd muncul sebagai salah satu kaunter paling untung pada sesi dagangan Bursa Malaysia pagi ini selepas melaporkan keuntungan teras bersih (CNP) tertinggi sepanjang masa sebanyak RM12.1 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2021 (1QFY21) berbanding RM2.5 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Pada pukul 10.20 pagi, saham pembekal perkhidmatan pembuatan elektronik yang berpusat di Pulau Pinang telah meningkat sebanyak 28 sen atau 11.07% kepada RM2.81 berbanding RM2.53 ketika sesi dagangan ditutup pada Jumaat lalu, dengan 331,600 saham diniagakan.

Menurut Kenanga Research, CNP PIE Industrial untuk suku terbabit berada dalam jangkaan, mewakili 16% anggaran setahun penuh dan 20% anggaran konsensus setahun penuhnya.

Bergerak ke hadapan, firma terbabit menjangkakan syarikat tersebut akan mendapat keuntungan daripada harga komoditi yang tinggi berikutan lonjakan harga tembaga yang diterjemahkan ke dalam peningkatan purata harga jualan (ASP) untuk bahagian pembuatan kabel dan wayar, yang menyumbang 20% pendapatan PIE Industrial.

Selain itu, Kenanga Research mengatakan peningkatan kes Covid-19 dan pelaksanaan arahan bekerja dari rumah turut mengekalkan permintaan yang tinggi bagi produk akhir syarikat berkenaan.

“PIE Industrial turut telah merancang dengan lebih awal bagi memastikan bekalannya mencukupi dan tidak terkesan dengan kekurangan cip atau caj muatan yang tinggi seperti yang dihadapi oleh para pesaingnya,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Kenanga Research mengekalkan saranan ‘outperform’ terhadap PIE Industrial dengan harga sasaran tidak berubah sebanyak RM4.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat