Pasaran kripto terus membuat penurunan ke paras harga yang lebih rendah menghapuskan keuntungan kebanyakan pelabur besar dan juga pelabur bilis khususnya yang telah melakukan pembelian Bitcoin di atas paras harga $40,000.
Selepas didorong oleh pembelian daripada beberapa syarikat terkemuka, sinar harapan untuk Bitcoin meningkat semula terus suram.
Ini disebabkan terdapat satu transaksi penjualan yang besar sebanyak 10,000 BTC ($1 Bilion +) yang dipindahkan daripada ‘unknown wallet’ ke platform Bitfinex seperti yang dikongsikan pada ciapan Twitter Whale Alert.
🚨 🚨 🚨 🚨 🚨 🚨 🚨 🚨 🚨 🚨 10,000 #BTC (383,059,334 USD) transferred from unknown wallet to #Bitfinexhttps://t.co/ddTM78HAhA
— Whale Alert (@whale_alert) May 22, 2021
Dapat dilihat pada carta pergerakan harga BTC/USDT, penjualan yang dibuat terus mendorong harga BTC untuk susut lebih rendah kembali menguji paras sokongan yang dicatatkan pada tahun ini pada zon $30,000 sebelum menutup dagangan mingguan sekitar $35,000.
Seperti kebiasaannya, jika ‘ibu’ kepada segala matawang kripto ini terus mengekalkan trend penurunan maka kripto-kripto lain pasti akan mengikuti corak penurunan ke paras lebih rendah.
Jangkaan seterusnya, kemungkinan BTC bakal meneruskan trend penurunan untuk kembali menguji paras sokongan sekitar harga $30,000 yang pernah dicapai pada dagangan minggu lalu.
Paras sokongan terendah $20,000 juga bakal menjadi tumpuan utama kepada pelabur-pelabur besar untuk dijadikan sebagai paras harga yang terbaik menyokong kenaikan semula harga. Paras tersebut juga merupakan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) yang pernah dicatatkan setakat 2017.
Jika pergerakan harga BTC kembali membuat kenaikan, paras SBR (support become resistance) sekitar $40,000 bakal diuji dan menjadi penanda aras bagi arah pergerakan harga seterusnya.
Sekiranya lonjakan harga BTC terus dikekalkan, paras harga $50,000 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji dan menjadi isyarat lebih jelas untuk perubahan trend.
Setakat jam 11.00 pagi waktu tempatan, harga Bitcoin membuat sedikit kenaikan sekitar 3% untuk didadangkan sekitar harga $35,000.
Lihat gambar carta matawang kripto BTC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.