Tergempar! HBAR Meroket Tinggi Sebab BlackRock!

591

“Siapa yang dari dulu peram HBAR daripada bawah mesti hari ni senyum-senyum je kan?”

Tanpa disedari, harga mata wang kripto Hedera Hashgraph (HBAR) menggunung sehingga $0.18 apabila bursa aset digital Archax mendayakan tokenization pertama dana pasaran wang (MMF) BlackRock pada HBAR.

Selain rangkaian HBAR dibina bagi tokenization Real World Assets (RWA) institusi secara berskala, pembangun melakukan dorongan luar biasa ke arah pengurusan aset melalui pembawaan pengurus aset terbesar di dunia dalam rantaian.

Suka dimaklumkan seseungguhnya Archax juga adalah broker dan penjaga berpangkalan di London yang telah memeterai perjanjian bersama HBAR Foundation dan Oqnera untuk membawa MMF ke ekosistem HBAR.

Pekembangan positif itu berlaku selepas pengurus kekayaan aktif terbesar di United Kingdom (UK) abrdn plc dan salah satu ahli penting Majlis Hedera menandakan MMF mereka di HBAR pada tahun 2023 yang merupakan detik penting dalam industri pengurusan aset.

Secara konteks, MMF bukan sahaja menyediakan pelaburan sesuai untuk pelabur malah pilihan pelaburan yang selamat, liquid dan stabil untuk sesiapa sahaja yang ingin mengekalkan modal dan mengurus tunai dengan berkesan.

MMF bertoken turut membenarkan pengguna berdagang saham di bursa kripto seperti Archax kemudian terdapat faedah tambahan misalnya pemindahan dipercepatkan dan penggunaan sebagai cagaran berbanding digunakan bagi langganan serta penembusan tradisional.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HBAR Foundation Shayne Higdon, keselamatan dan infrastruktur kos rendah HBAR amat sesuai untuk tokenization gred institusi untuk RWA ditambah pula ia sejajar dengan kenyataan CEO BlackRock Larry Fink yang berpendapat penyelesaian segera boleh berlaku.

Setakat penulisan ini, harga HBAR melonjak sebanyak 53.89% pada paras $0.13 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $4 bilion kemudian merekodkan kenaikan 71.90% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat