SEC Beri Amaran Baru, Coinbase Kini Dalam Masalah?

287

“Mula-mula rasa macam dah selamat dah, sekarang baru kecut perut balik.”

Semasa mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Pelabur, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) Gary Gensler mengarahkan penasihat pelaburan untuk mencari custodian* yang layak untuk menyimpan mata wang kripto.

*pihak yang bertanggungjawab melindungi dana atau pegangan wallet kripto daripada kecurian atau kehilangan

Menerusi peraturan yang dicadangkan Gensler, syarikat exchanger kripto juga sama sekali tidak boleh dianggap selamat.

Sebelum ini Gensler telah membuat kenyataan serupa apabila beliau menghukum perkhidmatan staking kripto Kraken sementara Coinbase pula berbangga dengan syarikatnya yang memiliki perkhidmatan custodian mantap.

Namun, syarikat kripto tidak semestinya menjadi custodian layak jika mereka sendiri yang mendakwa mereka layak, ujar Gensler semasa bercakap tentang subjek custodian berkelayakan dalam pasaran kripto.

Memetik rujukan peraturan jagaan diterima pakai pada tahun 2009, SEC menyatakan peraturan tersebut juga meliputi sejumlah besar kripto dan penasihat dikehendaki melindungi dana pelabur melalui custodian yang berkelayakan.

Antara syarikat tradisional yang berpotensi menjadi custodian adalah institusi perbankan, syarikat amanah serta peniaga broker sekuriti.

Meskipun begitu, Coinbase telah mula tawarkan perkhidmatan tersebut untuk menghalang aset digital seperti Bitcoin (BTC) daripada dicuri ataupun digodam.

Dalam pada itu, Kongres memberi SEC kuasa baharu untuk memastikan penasihat pelaburan tidak menyalahgunakan atau bertindak secara tidak bertanggungjawab terhadap wang pelanggan mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat