Sudah Di Tahap 3, Ujian Vaksin Dihentikan Selepas Peserta Alami Sakit Misteri

4,721

Syarikat farmaseutikal AstraZeneca yang berpengkalan di UK terpaksa memberhentikan sementara ujian klinikal tahap ketiga vaksin coronavirus yang berpotensi atas isu keselamatan.

Pemberhentian yang disifatkan sebagai tindakan rutin itu berlaku setelah salah seorang peserta daripada ujian vaksin tersebut disyaki mengalami penyakit yang tidak dapat dijelaskan.

Jurucakap AstraZeneca mengatakan tindakan tersebut adalah selari dengan standard prosedur pengujian dan pihaknya secara sukarela menghentikan ujian untuk membolehkan kajian semula data keselamatan oleh jawatankuasa bebas.

Tambah beliau lagi, kes wujudnya penyakit yang tidak diketahui ini biasa berlaku memandangkan ia melibatkan ujian klinikal yang besar dan ekoran itu, ia perlu diteliti secara bebas sebelum meneruskan ujian.

Vaksin AstraZeneca yang diusahakan bersama Oxford University itu dilihat sebagai pesaing terkuat di antara puluhan yang dikembangkan di peringkat global.

Malah, dunia meletakkan harapan yang tinggi ke atas vaksin itu untuk menjadi antara yang pertama untuk diedarkan di pasaran setelah meraih kejayaan dalan ujian fasa 1 dan 2. Ujian tahap ketiga telah melibatkan kira-kira 30,000 peserta sukarela di 12 lokasi termasuk Amerika Syarikat, UK, Brazil dan Afrika Selatan.

Saham AstraZeneca jatuh lebih 6% susulan pengumuman syarikat itu untuk menghentikan sementara ujian tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat