TON Menonjolkan Diri Pecah ATH, Harga Sasar $10 Pula?

223

“TON sekarang makin diminati ramai, adakah harganya memang berpotensi untuk naik lebih tinggi?”

Toncoin (TON), mata wang kripto blockchain layer-1 diasaskan oleh The Open Network tanpa disedari akhirnya berjaya memecah paras tertinggi baharu sepanjang masa dengan harganya sudah menggunung sehingga $7.90.

Menerusi pemerhatian, potensi aliran menaik jangka panjang TON mampu tercetus ditambah pula volum sosial dan penguasaan sosial bagi aset digital tersebut telah berubah menjadi ke atas sejak lima hari lalu.

Suka dimaklumkan jumlah pemegang TON yang semakin meningkat telah menunjukkan keyakinan di kalangan para pelabur dan ini membawa makna harganya boleh mencecah $10 atau lebih lagi jika aset digital itu dapat melepasi zon rintangannya $8.

Bukan itu sahaja, rangkaian blockchain TON juga melihat pertumbuhan rangkaian kukuh sehingga menarik lebih ramai pembangun DeFi ke platform kemudian jumlah nilai terkunci (TVL) pada TON pula mencapai hampir $1 bilion.

Selain terdapat kenaikan drastik dalam wallet TON aktif daripada 1.28 juta pada awal 2024 kepada lebih 8 juta, aset digital itu turut memperoleh keuntungan besar dalam sektor tap-to-earn dan memiliki lebih 30 juta pengguna.

Salah satu penyumbang utama ekosistem TON ialah TapSwap yang mempunyai pangkalan pengguna global $49 juta dan perlu diketahui airdrop yang akan berlaku tidak lama lagi bertujuan meningkatkan penglibatan pengguna dengan memudahkan pertukaran pada fiat.

Setakat penulisan ini, harga TON mencanak sebanyak 6.60% pada paras $7.54 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai lebih $18 bilion kemudian merekodkan kenaikan 3.72% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat