Untung Kripto Berbilion, China Sikit Lagi Nak Pecut Amerika!

980

“Jangan main-main dengan China, lagipun ada peraturan negaranya untung banyak juga tau.”

Tanpa disedari, para pelabur di tanah besar China yang terus mengekalkan minatnya akhirnya berjaya menjana keuntungan sangat besar dalam mata wang kripto pada tahun 2023 biarpun terdapat peraturan ketat terhadap aset maya di negara tersebut.

Menerusi pemerhatian, pelabur kripto China yang memperoleh kira-kira $1.15 bilion pada tahun lepas telah meletakkannya di tempat keempat di belakang Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Vietnam.

Suka dimaklumkan juga pelabur kripto Hong Kong mendapat keuntungan $250 juta pada tahun lepas dan pada 2021, mereka menjana 41.3 bilion.

Jadi di sini dapat dilihat pelabur kripto di seluruh dunia memperoleh $37.6 bilion pada 2023 daripada $159.7 bilion pada 2021 semasa sektor aset digital mengalami kenaikan harga, tetapi keuntungan tahun lepas mewakili peningkatan ketara daripada 2022 yang rugi $127.1 bilion.

Keuntungan dibuat oleh pelabur China pada tahun lepas menunjukkan bagaimana komuniti kripto di negara itu berkembang maju sungguhpun Beijing sekeras-kerasnya melarang semua aktiviti yang melibatkan aset digital.

Bagaimanapun, kenaikan harga BTC baru-baru ini telah menarik minat pengguna internet China sehingga menjadikannya kripto terbesar dan paling berharga di dunia susulan menjadi topik hangat di semua platform media sosial utama China.

Namun, harga BTC yang menyaksikan momentum bullish telah menimbulkan amaran baharu daripada media negara China tetapi Beijing yang janji sokong cita-cita Hong Kong untuk jadi hab utama aset maya telah ambil langkah membenarkan pelabur runcit berdagang kripto melalui platform berlesen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat