USD/JPY Nak Tuju Balik Paras Kritikal ¥150.00 Ke?

164

Diam tak diam, pelabur semakin menyaksikan pergerakan menaik harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY sejak pembukaan dagangan tahun 2024 yang sudah memasuki minggu ketiga.

Kenaikan harga yang dipaparkan sehingga ke awal minggu ini dilihat semakin menuju semula ke paras genting ¥150.00 yang sebelum ini sering diperhatikan pasaran.

Ini adalah disebabkan reaksi harga di sekitar paras itu pada dagangan terdahulu mencetuskan ketidaktentuan susulan bank pusat dan kerajaan Jepun bertindak untuk campur tangan secara terus dalam pasaran untuk mengimbangi nilai semasa Yen.

Jika mengimbas kembali pergerakan harga sejak November tahun lalu, harga telah membuat penurunan dari paras puncak tertingginya 151.900 dan harga berterusan jatuh sehingga ke penghujung Disember mencecah 140.300.

Namun pembukaan dagangan awal tahun untuk Januari 2024 ini menyaksikan perubahan trend telah dipaparkan harga dengan kenaikan ke zon 146.00.

Pada minggu ini, harga membuat kenaikan lagi melepasi paras 146.00 tersebut dan melepasi ketinggian 147.00 semalam.

Corak kenaikan harga belum lagi berakhir apabila hari ini (Rabu), kenaikan masih lagi diteruskan dan setakat sesi Eropah petang ini, harga telah mencapai paras ketinggian sekitar 147.800.

Ini merupakan paras tertinggi harga untuk tempoh dagangan 7 minggu yang turut mengatasi paras Disember lalu.

Dengan faktor semasa dalam pasaran yang kini dilihat sedang memihak kepada US dolar, harga berpotensi untuk melanjutkan lagi pendakian selepas ini.

Sasaran adalah untuk mencapai semula paras penting 150.00 dan pastinya pelabur akan berwaspada menantikan reaksi harga pada sekitar tersebut.

Namun jika penurunan kembali berlaku, zon 146.00 dilihat sebagai RBS (resistance become support) yang akan diuji sebelum petunjuk bagi arah selanjutnya harga akan diperhatikan.

Jika harga tembus lebih rendah, risiko untuk kejatuhan harga akan meningkat dengan sasaran harga untuk kembali semula ke sekitar 143.500 yang diuji pada dagangan minggu sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat