Dollar Yen berada dalam dagangan tipis dan ‘ranging’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 40 pips, dari paras tertinggi harian sekitar 119.35 ke serendah 118.90 terkesan dari data Amerika Syarikat yang bercampur-campur dan lebihan dagangan Jepun yang lebih baik Rabu lalu, menyebabkan Yen kembali mendapat permintaan.
Pada masa yang sama, data jualan runcit AS yang menambah kepada kelemahan Dollar telah memudarkan jangkaan pasaran untuk Federal Reserve menaikkan “interest rate”. Keadaan in juga telah mendorong para pelabur untuk mengurangkan pembelian Dollar dan menurunkan jangkaan mereka yang Dollar akan membuat kenaikan seterusnya pada tahun ini.
Pelabur yang berharap data April akan menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat telah kembali kuat, terpaksa terus menunggu, menurut Mark McCormick, pakar strategi mata wang di Credit Agricole.
Di pasaran Jepun pula, Bank of Japan melaporkan bahawa stok tahunan dana M2 di Jepun meningkat 3.6% pada bulan April, dengan jumlah ¥904.2 trillion, sejajar dengan jangkaan dan tidak berubah dari bulan sebelumnya. Stok tahunan dana M3 pula naik 3.0% kepada ¥1,219.2 trilion – ramalan yang juga sepadan dan tidak berubah daripada Mac. Stok tahunan dana L meningkat 3.1% kepada ¥1,601.2 trillion selepas naik 3.3% pada bulan sebelumnya.
Jepun mempunyai ¥2.8 trilion ($23 billion) lebihan dagangan ketika ini, menurut Kementerian Kewangan Jepun Rabu lalu. Angka ini adalah lebih baik dari anggaran median ¥2.1 trillion menurut bancian ahli ekonomi Bloomberg. Kos bahan api yang lebih murah, kemasukan pelancong yang ramai ekoran Yen yang murah dan peningkatan pendapatan dari pelaburan di luar negara telah membantu meningkatkan lebihan dagangan ini.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni