8 Perkara Anda Patut Tahu Sebelum Melabur Dalam Matawang Crypto

707

1. Tiada jalan pintas untuk menjadi kaya dalam masa semalaman.

Fenomena harga bitcoin yang meroked ke paras USD10,000 menyebabkan ramai orang mula melabur dalam matawang crypto dengan harapan meraka dapat menjadi kaya dalam masa yang sekejap.

Tidak dinafikan memang cerita, ramai yang pelabur matawang seperti bitcoin, ethereum menjadi kaya adalah benar. Kebanyakkan pelabur-pelabur lama, mereka mengkaji projek-projek yang cuba diketangahkan oleh suatu matawang crypto sebelum mula melabur.

Beza dengan pelabur baru ialah apabila tidak mendapat pulang seperti yang diharapkan, mereka akan mudah kecewa apbila terpaksa menanggung kerugian dan akhirnya keluar dari pasaran.

2. Tidak semua yang bersinar itu emas.

Maksudnya, setiap hari kita akan melihat beberapa harga coins yang meningkat sehingga 100% dalam masa 24 jam. Banyak yang terdorong untuk melabur dalam coin-coin ini disebabkan peningkatan harga.

Dalam isitlah pasaran crypto, ia dipanggil Pump & Dump coins, dalam banyak kes, coin ini jatuh melebihi harga asal dalam masa sekejap kerana dibaham-baham oleh jerung-jerung dalam pasaran.

Tetapi tidak semua coin yang bersifat pump & dump, ada coin yang mencatat peningkatan harga disebabkan fundamentalnya yang kukuh.

Siapakah Jerung? Lihat point ke 3.

3. Hati-hati dengan jerung.

Jerung adalah pelabur-pelabur besar yang dapat memanupulasikan pasaran dengan dana mereka. Kebanyakkan mereka adalah pencipta  sesuatu matawang crypto.

Sebarang tidakan mereka akan mempengaruhi pasaran sesuatu matawang cyrpto. Hati-hati dengan scammers.

4. Melabur jika anda rasa anda dapat tanggung kerugian.

Hal ini bukan sahaja harus anda amalkan dalam pelaburan matawang crypto, tetapi saham, forex juga harus begitu. Anda hanya melabur nilai yang sanggup anda tanggung kerugian.

Ingat, great return come with great risk. Itu skop dunia crypto. Masa hadapan matawang ini bergantung kepada penerimaan massa terutamanya daripada kerajaan.

5. Jangan cepat terpengaruh dengan bual-bual kosong.

Jika anda di luar Malaysia, fenomena ini berlaku di merata tempat, akan ada orang yang akan mengajak anda membeli matawang crypto mereka. Baik di media sosial mahupun mulut ke mulut. Justeru, jangan ikut secara buta tuli. Kaji dan belajar dari yang berpengalaman.

6. Gosip dan Berita Palsu

Hal ini sering terjadi kepada matawang-matawang crypto yang baru. Segelintir orang akan mengambil kesempatan dengan menyebar berita palsu dan gosip untuk menjatuhkan harga coin tersebut bagi membeli lebih banyak pada harga yang murah. Ramai pelabur baru dah terkena.

7. ICO adalah Bubble?

ICO atau Initial Coin Offering adalah trend yang baru dalam dunia mata wang krypto. ICO merupakan satu cara untuk mengumpul dana untuk digunakan dalam development projek atau aplikasi baru dalam blockchain. Konsep ICO ini lebih kurang sahaja dengan IPO atau Initial Public Offering. ICO tida dikawal selia oleh badan-badan berautoriti.

Tidak heran jika banyak scam ICO yang semakin meningkat menyebabkan penipuan berjuta-juta dolar dan kekayaan peribadi. Hal ini menyebabkan kerajaan China mengharamkan pengumpulan dana ICO .

Tetapi harus diingat,tidak semua ICO adalah scam.

Isitlah bubble ini antara istilah yang anda akan kerap jumpa. Jika ada kesempatan Moshed.com akan mengulas beberapa kes krisis kewangan yang pernah berlaku dalam sejarah untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam seperti Tulips Mania dan lain-lain.

8. Buat kajian sendiri. Penting.

Pasaran crypto tidak seperti pasaran saham. Tidak semua tersebar adalah benar. Sebab itu penting untuk anda buat kajian dan analisis pasaran terlebih dahulu sebelum mula melabur.

!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat