Ada Yang Open Position Sambil Lapah Daging Lembu Ke?

54

Matawang Yen menguat hari ini pada bukaan Asia setelah pesanan jentera teras meningkat dengan mengejut di samping pelabur dalam keadaan tidak pasti dengan interest rate Amerika Syarikat.

USD/JPY didgangkan pada harga 102.54 turun sebanyak 0.18% manakala AUS/USD turun sebanyak 0.01% ke paras 0.7540.

Awal pagi ini Jepun mengeluarkan laporan tempahan jentera teras meningkat sebanyak 4.9% dan ini merupakan tanda-tanda positif kepada ekonomi.

Pegawai daripada Pejabat Kabinet memberitahu, “Terdapat peningkatan yang tinggi daripada sektor pembuatan dan bukan-pembuatan.”.

Pasaran di Asia hari ini ditutup merayakan Aidiladha termasuk Singapura, Indonesia dan Malaysia.

Para pelabur menantikan laporan ekonomi Amerika Syarikat iaitu laporan jualan runcit dan inflasi bagi melihat hala tuju dasar kewangan mereka.

Dan dasar kewangan daripada Bank of England juga dinantikan minggu ini bersama sentimen ekonomi Jerman.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat