Adakah ‘Hype’ Terhadap Shiba Inu Telah Berakhir?

2,759

Sepertimana yang telah sedia maklum dalam kalangan pemain pasaran bahawa trend dalam industri aset kripto cenderung untuk berubah dengan pantas. Ada seketika mereka melabur kesemua dana mereka dalam sesuatu aset dan pada ketika lain mereka mengeluarkannya.

Hal ini dilihat telah menimpa kripto Shiba Inu. Ketika harga Shiba Inu melonjak tinggi ditengah keterujaan pasara, banyak syarikat mula mengambil bahagian dan komuniti terus memperkatakannya di media.

Walaupun mula diterbitkan pada tahun lalu, populariti Shiba Inu mula menunjukkan peningkatan ketara pada suku kedua selepas perhatian tertumpu pada Dogecoin. Bahagian yang sering diperkatakan terutama di media sosial ialah harganya. Berdasarkan data ia mendatangkan ROI lebih beribu-ribu peratus. Platform dagangan juga berlumba-lumba untuk menyenaraikannya di platform dagangan mereka.

Namun sejak akhir-akhir ini situasi tersebut mula berubah. Harga Shiba Inu telah merosot dengan banyak dan permintaan terhadapnya mula berkurangan. Timbul persoalan adakah hype (keterujaan) terhadap Shiba Inu telah berakhir?

Data Google Trends menunjukkan bahawa carian “Shiba Inu” di seluruh dunia memuncak pada akhir Oktober telah menjunam sejak itu. Begitu juga dengan carian “Buy Shiba Inu”.

Dari segi harga, landskap adalah sama. SHIB mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada akhir Oktober atau lebih tepat pada 28 Oktober pada $0.00008616, berdasarkan CoinGecko. Memandangkan bilangan percarian Google telah menurun, nilai SHIB berbanding US dolar juga turut ikut sama. Semasa penulisan harga Shiba Inu didagangakan pada $0.00004019 iaitu telah menjunam lebih daripada 50% dalam masa kurang daripada sebulan.

Adakah hype Shiba Inu telah berakhir? Data menujukkan ia telah kembali perlahan namun kembali kepada fakta bahawa trend pasaran kripto mudah berubah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat