Alamak! Kenapa Pelabur Diarah Keluar Dana Daripada Huobi?

971

“Mungkin ada sebab Mishabora cakap macam tu, jadi semua berhati-hati la ye.”

Mishabora, pembangun terkemuka dan peguam bela memecoin terbesar Dogecoin (DOGE) merayu agar para pelabur untuk menarik balik seluruh pegangan aset digitalnya daripada bursa mata wang kripto Huobi.

Tindakan itu telah dilakukan selepas kebimbangan mengenai keupayaan penyelesaian Huobi tercetus sehingga menimbulkan persoalan tentang keberkesanan konsep diterima secara meluas seperti Proof of Reserves (PoR) yang merupakan petunjuk kesihatan kewangan untuk sesebuah bursa.

Sudah sedia maklum bursa kripto bergantung pada PoR untuk membuktikan keteguhan kewangan dan meyakinkan pelabur mereka, tetapi Mishabora berkata ia bukan sahaja dapat kelirukan pelbagai pihak malah tidak beri gambaran tepat tentang liabiliti bursa.

Jadi di sini dapat dilhat betapa pentingnya pasaran kripto harus meningkatkan mekanisme untuk memastikan keselamatan termasuk kebolehpercayaan bursa kripto terjamin dan tidak memikirkan PoR adalah satu-satunya sahaja kriteria bagi menilai kesihatan kewangan.

Umum mengetahui kebimbangan insolvensi Huobi telah dibangkitkan oleh eksekutif Fintech dan pelabur terkenal Adam Cochran yang menyatakan perbezaan antara data on-chain Huobi serta angka didedahkan dalam “Merkle Tree Audit” untuk pegangan stablecoin Tether (USDT).

Cochran turut menegaskan bahawa data on-chain menunjukkan Huobi hanya memiliki $90 juta dalam aset, iaitu sangat berbeza dengan tuntutan teraudit bursa yang memegang sebanyak $630 juta dalam USDT.

Namun perlu diketahui juga Huobi didapati bertindak menjual USDT secara besar-besaran sejurus selepas pelancaran stUSDT iaitu stablecoin baharu diperkenalkan oleh pengasas Tron Justin Sun, tetapi beliau nampaknya menafikan khabar angin itu sekeras-kerasnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat