Alert Trader! Ini Petunjuk Penggubal Dasar Fed Tentang Kadar Faedah

278

Rentetan daripada terbitan data inflasi Amerika Syarikat, beberapa penggubal dasar Federal Reserve (Fed) mula memberi pendapat mereka tentang kenaikan kadar faedah akan datang.

Kenyataan daripada tiga pembuat dasar ini mungkin boleh dijadikan petunjuk untuk pelabur menjelang mesyuarat polisi FOMC pada 2 Februari.

Presiden Fed Richmond Tom Barkin

  • Data inflasi telah bergerak ke arah yang betul dan membenarkan Fed mengambil langkah lebih terancang.
  • Tetap berhati-hati walaupun purata inflasi telah menurun tapi median kekal tinggi.
  • Dalam penetapan kadar, Barkin menyokong laluan yang lebih perlahan tetapi lebih panjang dan berpotensi tinggi.

Presiden Fed Philadelphia Patrick Harker

  • Inflasi yang teruk dan kenaikan kadar agresif sudah berlalu.
  • Kenaikan 25 mata asas sesuai untuk masa hadapan.
  • Menjangkakan kadar utama akan mencapai hanya lebih sedikit 5%.
  • Inflasi dijangka sederhana kepada 3.5% pada 2023, kembali ke sasaran 2% pada 2025.

Presiden Fed Atlanta Raphael Bostic

  • Data terbaru memberi sedikit keselesaan untuk Fed bergerak lebih perlahan.
  • Boleh menaikkan 25 mata asas jika perbincangan dengan perniagaan konsisten dengan inflasi yang perlahan.

Seiring dengan perubahan dalam data semasa, para penggubal dasar Fed mula mengubah ‘nada’ dalam pendirian mereka dalam penetapan dasar seterusnya.

Namun begitu, ketiga-tiga komen ini tidak menggambarkan semua penggubal dasar Fed mempunyai pemikiran atau pandangan yang serupa.

Kini, pasaran mula meletakkan jangkaan untuk kenaikan 25 mata asas pada mesyuarat akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat