AMC Theatre Mahu Jadikan Shiba Inu Sebagai Medium Pembayaran! Bilakah Akan Berlaku?

794

Selepas memberi pengesahan bahawa AMC Theatres akan menambah Shiba Inu sebagai salah satu pilihan pembayaran bagi membuat pembelian barangan tertentu, Ketua Pegawai Eksekutif, Adam Aron akhirnya tampil menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh komuniti.

Secara umumnya, Adam Aron mengumumkan bahawa penambahan itu akan mula dilaksanakan dalam beberapa bulan pertama 2021. Ini membawa indikasi bahawa salah satu rangkaian teater filem terbesar di dunia – AMC Entertainment Holdings – telah menunjukkan keyakinan tinggi terhadap industri kripto sejak beberapa bulan lalu.

Pada minggu lalu, AMC Entertainment mengumumkan telah menerima beberapa aset kripto sebagai medium pembayaran. Aset kripto yang terlibat termasuklah Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Bitcoin Cash (BCH), dan Litecoin (LTC).

Lebih mengujakan pelabur kripo, Adam Aron turut menyebut Dogecoin (DOGE) sebagai matawang kripto seterusnya yang akan diterima AMC Entertainment.

Dalam waktu yang singkat setelah orang ramai turut mengundi SHIB agar ia turut disenaraikan. Bagi menyahut permintaan komuniti, Aron akhirnya mengemaskini pelan beliau dengan menyenaraikan Shiba Inu seagai medium pembayaran.

Dalam kemas kini melalui halaman twitter, Aron memaklumkan bahawa Shiba Inu akan tersedia dalam masa 60-120 hari akan datang.
Selain itu, Aron menyatakan bahawa langkah itu akan dilakukan selepas jalinan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan aset kripto, BitPay.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat