Analisis GOLD – Jatuh Hampiri $1,900, Harga Emas Dah Pulih Semula?

1,299

Harga emas semakin menunjukkan pemulihan semula ketika dagangan menuju ke sesi-sesi akhir untuk minggu ini.

Pada dagangan Khamis semalam, harga emas ada menunjukkan penurunan hampir mencecah paras tumpuan $1,900 namun kembali melantun semula.

Penurunan awal harga itu didorong oleh pengukuhan pada mata wang US dolar di sesi New York semalam dengan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) termasuk jualan runcit dan indeks harga pengeluar (PPI) catat bacaan yang memberangsangkan.

Namun, harga emas yang ditekan jatuh berjaya pulih paparkan kenaikan semula sehingga ke sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Ini dapat dilihat pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dengan penurunan di sesi New York hampir menyentuh paras 1900.00 yang merupakan zon tumpuan harga.

Namun, lantunan semula harga telah dipaparkan sebelum harga menutup dagangan di penghujung sesi sekitar 1910.00.

Setelah harga mula berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu, kenaikan harga dipaparkan di sesi Asia selepas isyarat awal perubahan trend bullish itu.

Bersambung hingga ke sesi Eropah, harga dilihat berlegar semula di paras tumpuan sebelum ini iaitu 1920.00 yang menjadi rintangan buat harga semasa.

Sekiranya kenaikan harga diteruskan melepasi 1920.00, paras 1930.00 pula yang akan menjadi sasaran selain harga akan cuba untuk atasi ketinggian di awal minggu.

Seterusnya, barulah sasaran akan beralih ke paras yang lebih tinggi dengan pergerakan bullish yang lebih jelas menuju 1950.00.

Sementara, jika harga berpatah arah membuat penurunan semula, harga berkemungkinan akan kembali menguji zon support 1900.00 seperti dagangan semalam.

Jika tembus lebih rendah, support pada 1885.00 pula dinanti untuk diuji yang menjadi telah menjadi tumpuan pada dagangan Ogos lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat