Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 13/11/2018

366

Matawang dollar USD yang terus mengukuh pada dagangan semalam telah menekan harga pada chart EUR/USD ke paras lebih rendah dan telah melepasi paras support 1.13000 sebelum ini. Matawang EURO masih didagangkan berisiko berikutan ketidaktentuan politik di zon Eropah membimbangkan para pelabur dengan tumpuan adalah kepada krisis bajet Itali yang masih berlarutan. Sementara USD dijangka akan didagangkan mengukuh minggu ini dengan keyakinan pasaran terhadap pengetatan dasar monetari oleh FED pada Disember ini. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga pada chart EUR/USD telah membuat penurunan sehingga melepasi ketiga-tiga paras support dan mencatatkan paras terendah dicapai harga sekitar paras 1.12150 sehingga pasaran New York menutup sesi dagangannya.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga kembali membuat kenaikan seawal sesi bermula dari paras terendah harga semalam dan menuju ke paras Magic Pivot 1.1253 hari ini. Harga yang gagal membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot berkemungkinan dijangka akan meneruskan semula penurunan harga yang dilakukan semalam menuju ke paras support 1.1177 (MagicS1) untuk harga mencari paras lower low terbaru. Kemudiannya, penurunan harga yang diteruskan akan menuju ke paras support 1.1137 (MagicS2) terlebih dahulu sebelum penurunan seterusnya dijangka berpotensi untuk mencecah sehingga paras serendah 1.1061 (MagicS3) jika USD terus mengekalkan pengukuhan nilai dalam pasaran semasa.

Namun, jika USD kembali didagangkan lemah berbanding EURO semula, harga dijangka akan membuat kenaikan menuju ke paras resistance 1.1293 (MagicR1) untuk menguji paras SBR (support become resistance) terbaru harga pada 1.13000 sebelum ini. Dan sekiranya harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi semula, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance 1.1369 (MagicR2) dan seterusnya ke resistance yang lebih tinggi iaitu pada paras 1.1409 (MagicR3) jika EURO berjaya mengekalkan lonjakan harga.

Terus ikuti perkembangan ekonomi dan politik di zon Eropah dan juga rundingan Brexit yang memberi kesan kepada nilai matawang EURO. Lihat juga pada paras-paras harga yang menjadi tumpuan pada chart EUR/USD dengan berpandukan indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.1177, 1.1137, 1.1061.

Paras resistance: 1.1293, 1.1369, 1.1409.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat