Apa Jadi Pada Shiba Inu Selepas Pelancaran Shibarium Baru-Baru Ini?

408

Pemain bermodal besar sedang aktif berdagang koin meme Shiba Inu (SHIB) dan token BONE selepas Shibarium dilancarkan semula baru-baru ini. Pembangun utama Shiba Inu, Shytoshi Kusama, berjanji untuk meningkatkan skala Shibarium sebanyak 1500% dan meningkatkan keselamatan serta kegunaannya. Seorang pemain bermodal besar atau ‘whale’ telah memindahkan 4.6 trilion token SHIB sekali lagi. Perkara ini menimbulkan spekulasi baru mengenai adakah harga SHIB dan BONE akan pulih dari penurunan baru-baru ini?

Whale alert pada 4 September melaporkan bahawa seorang dalam kalangan Whale telah memindahkan 4.61 trilion Shiba Inu (SHIB) bernilai $35 juta dari pertukaran kripto Bitvavo. Pemindahan trilion SHIB oleh dompet yang tidak dikenali menimbulkan optimisme dalam kalangan komuniti.

Sesetengah orang percaya bahawa ini adalah masanya untuk membeli SHIB kerana aktiviti Whale seakan membawa indikasi kepada pergerakan harga yang positif akan datang. Harga SHIB dan BONE merosot sebanyak 10% dan 35% masing-masing pada bulan lalu rententan pelancaran Shibarium mainnet berhadapan dengan beberapa halangan.

Whale  yang sama  ini telah memindahkan 4.6 trilion SHIB selama lebih dari sebulan, berdasarkan rekod transaksi terkini di Etherscan. Shibarium telah melepasi 1 juta dompet. Ini menunjukkan permintaan terhadap rangkaian Shibarium Shiba Inu dan peningkatan harga yang mungkin berlaku.

Token ekosistem Shiba Inu sebahagian besar masih terkesan walaupun Shibarium dilancarkan semula. Harga SHIB jatuh 2% dalam tempoh 24 jam yang lepas, dengan harga kini diniagakan pada $0.0000077. Titik terendah dan tertinggi dalam tempoh 24 jam adalah masing-masing $0.00000765 dan $0.00000782.

Sementara itu, harga BONE diniagakan pada paras dagangan $1.08, turun 0.5% dalam 24 jam yang lepas selepas pemulihan kecil minggu lalu. Titik terendah dan tertinggi dalam tempoh 24 jam adalah masing-masing $1.02 dan $1.09.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat