Putin Lah Ni Punca Inflasi Makanan Dunia Melonjak!

721

Dunia menyaksikan lonjakan harga makanan pada bulan Julai susulan penarikan Rusia daripada perjanjian eksport bijirin Ukraine.

Ini dilihat pada indeks harga makanan global Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (FAO) yang meningkat 1.3% pada Julai berbanding bulan sebelumnya.

Ia merupakan peningkatan kedua dalam setahun setelah mencatatkan penurunan berterusan sejak perjanjian dicapai pada Julai 2022.

Sebagai konteks, perjanjian itu yang dinamakan ‘Black Sea Graine Initiative’ telah diuruskan oleh Turkiye dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Sementara indeks bulanan, yang menjejaki pelbagai komoditi makanan pula masih turun hampir 12% dari tahun lepas.

Walaupun begitu, keputusan Moscow untuk menarik diri daripada perjanjian yang disokong PBB telah menaikkan harga bijirin dan minyak bunga matahari.

Perjanjian itu memainkan peranan penting dalam menstabilkan pasaran makanan global sejak perang bermula pada Februari tahun lalu, terutamanya bagi negara miskin yang sangat bergantung kepada bekalan bijirin Ukraine.

Dengan kesepakatan itu, ia telah membenarkan eksport hampir 33 juta tan metrik makanan melalui pelabuhan Ukraine, menurut data PBB.

Pun begitu, kebimbangan terhadap inflasi harga makanan bertambah selepas Rusia dilaporkan melancarkan serangan dron ke atas infrastruktur pelabuhan Sungai Danube di bahagian selatan wilayah Odesa.

Pelabuhan itu merupakan laluan penting untuk eksport bijirin, telah menjadi laluan eksport bijirin utama Ukraine sejak perjanjian itu musnah.

Serangan tersebut berlaku menjelang pertemuan antara Presiden Turkiye Tayyip Erdogan dan Presiden Vladimir Putin hari ini.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat