Analisis GOLD – Ketika NFP, Harga Cuba Tembus $1,950 Tapi Gagal

848

Masih bergerak dalam zon mendatar, harga emas memaparkan pergerakan menarik pada penutupan dagangan di penghujung minggu lalu.

Laporan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang memberi kesan kepada mata wang US dolar turut mempengaruhi perubahan nilai bagi komoditi logam kuning itu.

Agak mengejutkan pelabur apabila US dolar telah pamerkan pengukuhan ketara sehingga ke penghujung sesi terakhir minggu lalu walaupun laporan data NFP yang diterbitkan untuk bulan Ogos agak suram.

Pertambahan pekerjaan meningkat berbanding ramalan, namun purata pendapatan menurun serta kadar pengangguran di AS melonjak ke paras 3.8%.

Meneliti harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga pada mulanya membuat kenaikan awal dan mencatatkan paras ketinggian terbaru di paras 1950.00.

Namun, paras 1950.00 tersebut dilihat menjadi rintangan untuk harga naik lebih tinggi yang kemudiannya menyaksikan harga emas kembali jatuh semula.

Penurunan mencecah sekitar 1935.00 sebelum mendatar di sekitar tersebut sehingga sesi berakhir.

Menyambung dagangan pembukaan awal minggu ini, harga sedikit meningkat melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD namun masih berlegar di bawah paras 1950.00 setakat sesi Eropah hari ini.

Sekiranya kenaikan harga diteruskan, harga bakal menguji rintangan 1950.00 untuk cuba menembusinya dan catatkan paras ketinggian terbaru minggu ini.

Jika trend bullish sebelum ini masih berjaya dikekalkan, harga boleh melonjak hingga mencapai paras 1980.00 yang telah dicapai pada Julai lalu.

Sebaliknya jika harga emas menjunam lebih parah minggu ini, harga berkemungkinan akan melepasi paras 1930.00 dan menuju zon RBS (resistance become support) pada 1920.00.

Seterusnya penurunan lebih rendah akan kembali menuju semula zon tumpuan sebelum ini iaitu di sekitar 1900.00 dan reaksi menarik harga dijangka akan diperlihatkan.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat