Apa Kesan Berita Peletakan Jawatan PM May Terhadap Dagangan GBP/USD?

829

Selain dagangan Euro, Pound Sterling juga turut terkesan pada undian pilihanraya Parlimen Eropah yang berlangsung. Walaupun UK hanya berbaki beberapa bulan sahaja lagi untuk dijadualkan meninggalkan Kesatuan Eropah, namun UK harus turut serta dalam pilihanraya.

Apa yang menjadi topik tumpuan pasaran adalah kepada pengumuman peletakan jawatan Theresa May sebagai Perdana Menteri Britain dan akan berkuatkuasa pada 7 Jun ini. Sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baru, Theresa May akan meneruskan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sehingga tarikh pengunduran yang ditetapkan.

Dagangan GBP dijangka akan menunjukkan pergerakan yang volatile dengan ketidaktentuan politik dan Brexit yang masih berlarutan. Selain itu, pasaran UK yang ditutup pada hari ini akan turut menyumbang pada pergerakan volatile harga.

Jika dilihat pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/USD, harga pada penghujung minggu lalu mula menunjukkan corak pergerakn menaik selepas siri penurunan yang diteruskan beberapa minggu sebelum ini.

Harga membuat kenaikan dari paras terendah sekitar 1.26040 pada minggu lalu dan telah berjaya melepasi kenaikan pada zon SBR pada 1.27000.

Dagangan yang bersambung pada hari ini bergerak perlahan namun membuat kenaikan sehingga ke paras resistance 1.2744 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line sebelum mula menunjukkan penurunan semula pada awal dagangan sesi Eropah.

Jika harga turun ke paras lebih rendah, paras tumpuan pada 1.27000 bakal diuji semula untuk harga meneruskan penurunan ke paras yang seterusnya.

Penurunan lebih rendah dijangka akan melepasi paras support 1.2660 (MagicS1) seterusnya menguji pula zon support pada 1.26200 yang dicecah pada dagangan minggu lalu.

Namun jika harga kembali menyambung kenaikan semula, paras awal yang dilihat bakal menjadi tumpuan harga adalah pada resistance 1.2780 (MagicR2).

Kenaikan lebih tinggi harga berkemungkinan mencapai paras resistance pada 1.2829 (MagicR3) sebelum menguji paras tumpuan seterusnya pada 1.28700.

Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.2660, 1.2611, 1.2575.

Paras resistance: 1.2744, 1.2780, 1.2829.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat