Oil Hub Cushing, Oklahoma merupakan tempat penyimpanan minyak utama NYMEX dan kemudahan simpanan terbesar di Amerika Syarikat. Kini, stok simpanan minyak mentah di sana meningkat 1.16 juta tong yang juga mewakili angka mingguan terbesar di Amerika Syarikat.
Jumlah inventori petrol menurun minggu lepas, manakala inventori bahan api sulingan pula mencatat kenaikan 2.0 juta tong. Paling membimbangkan, inventori petrol diseluruh dunia masih berlegar berhampiran paras tertinggi oleh kerana harga minyak mencatat kemerosotan paling teruk dalam sejarah.
OPEC berkata pada Rabu dalam laporan bulanan bulan Ogos, pertumbuhan minyak mentah dijangka meningkat sebanyak 30,000 tong sehari.
Awal minggu ini, Presiden OPEC, Mohammed bin Saleh dilihat cuba menenangkan pasaran dengan mengadakan perbincangan dengan pengeluar utama dari 14 anggota OPEC pada bulan September nanti. Pertemuan yang bakal diadakan di Algeria itu bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian bagi menstabilkan harga minyak mentah.
Pengeluaran minyak Arab Saudi juga merekodkan peningkatan.
Sebelum ini, OPEC mencetuskan kontroversi apabila memutuskan keputusan strategik bagi mengekalkan jumlah pengeluaran minyak harian. Keputusan ini secara tidak langsung menyumbang kepada kebanjiran minyak mentah dalam pasaran.