Apa Sudah Jadi Dengan Nasib Pelabur Kripto Di India?

2,421

Pengawai India ketika ini sedang membincangkan untuk menyediakan ‘jalan keluar’ kepada para pelabur kripto agar mereka dapat mengeluarkan aset kripto mereka menjelang larangan terhadap semua matawang kripto berkuatkuasa.

Berdasarkan kenyataan pegawai kerajaan mereka, ‘kerajaan dijangka akan menawarkan jalan keluar kepada para pelabur kripto menjelang larangan kripto berkuatkuasa.

Menurut laporan Indian Express pada hari ini, kemungkinan para pelabur kripto diberi masa antara tiga hingga enam bulan bermula pengumuman rasmi berdasarkan pertemua antara menteri pada hari ini.

Kebelakangan ini, kerajaan India telah mengusulkan undang-undang baru yang dapat menguatkuasakan larangan menyeluruh terhadap matawang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum namun tidak termaktub pada kripto CBDC yang sedang dibangunkan oleh Reserve Bank of India. Berdasarkan usulan tersebut, adalah tidak sah untuk memiliki, mengeluarkan, menambang, berdagang, dan memindahkan matawang kripto.

Selain itu, Menteri Kewangan India Nirmala Sitharaman juga sebelumnya menyatakan bahawa masih ada kemungkinan untuk Bitcoin dikecualikan kerana kerajaan masih terus “bereksperimen” dengan kripto.

Walaupun undang-undang belum dikuatkuasakan, para pelabur dan pemegang kripto di India masih termaktub untuk membayar cukai atas keuntungan perdagangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat